Yg Tuduh Jho Low Curi Duit Ialah Mahathir & Mahathir Adalah Penipu!! · MYKMU.NET

Yg Tuduh Jho Low Curi Duit Ialah Mahathir & Mahathir Adalah Penipu!!

Share

POLIS dilaporkan telah menutup kes berkaitan Jho Low setelah tiada sebarang permintaan dibuat oleh Interpol terhadap kes tersebut.  Berita ini mendapat kritikan hebat netizen pro pembangkang yang hanya menjadikan tajuk berita itu sebagai andaian.

Apa pun yang penting, penutupan kes ini bermaksud Jho Low tidak bersalah.  Jangan kata interpol, DoJ pun tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Jho Low.

Buktinya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil ke atas Jho Low oleh DoJ, baik dari segi pendakwaan di Mahkamah atau pembekuan harta, takde.  Semuanya senyap begitu saja.  Di Malaysia sendiri tidak ada satu laporan pun dibuat terhadap Jho Low atas dakwaan dia mencuri apa-apa wang.

Satu laporan polis yang dibuat Rafizi Sotong ke atas Jho Low bukan sebab curi duit tapi berhubung penerbitan bon bernilai RM 5 billion yang dibuat CEO 1MDB pada ketika itu tanpa kebenaran Lembaga Pengarah syarikat, kononnya atas permintaan Penasihat Khas – salah seorangnya ialah Jho Low.

Berbelit.  Lain orang tandatangan, lain orang kena report polis, konon “atas desakan”.  Anyway, ceritanya bukan pasal Jho Low curi duit.

Semua ini bagaimanapun menunjukkan bahawa tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Jho Low dan dengan itu semua kes terhadapnya digugurkan atau dibekukan.  Dakwaan terhadap Jho Low ini adalah bersifat politik yang didalangi Mahathir dan kuncu-kuncu di belakangnya menggunakan dokumen yang dipalsukan, fakta yang diselewengkan dan sebagainya.

Bagaimanapun jangan silap, ini bukan berkenaan Jho Low sebab kita tahu Jho Low hanyalah stepping stone, sasaran sebenarnya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak – itulah yang sepatutnya kita pertahankan.

Leave a Reply