Tanah Runtuh: Kalau Jadi Di Negeri BN Perintah, DAP Dah Menyalak Suruh Letak Jawatan

Sebaran :

TAKZIAH penulis kepada keluarga semua mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang semalam.  Berdasarkan laporan awal, kejadian tragis itu sepatutnya boleh dielak kalau semua pihak terlibat – dari yang meluluskan projek sehingga ke yang menjalankan projek, mematuhi peraturan yang telah ditetapan kerajaan persekutuan mengenai pembinaan di cerun bukit.

Apa pun, kita serahkan kepada pihak berkuasa terlibat – termasuk SPRM untuk menyiasat kejadian tersebut sehingga ke akar umbinya.  Jangan dibiar sesiapa pun terlepas sebab ini melibatkan nyawa yang banyak.  Begitu jangan ada sesiapa memandai-mandai mendakwa kononnya ini adalah bencana pekerjaan, bencana pekerjaan apa sampai 11 mati tertimbus?

Tapi seperti disebutkan di ataslah, biar semua pihak yang terlibat diberi ruang untuk menyiasat dulu.

Yang nak disentuh dalam artikel ini ialah hipokrasi DAP dalam kejadian yang mengorbankan sehingga 11 nyawa setakat ini.  Menarik kerana setakat artikel ini ditulis, melainkan seorang ADUN DAP yang diketahui tidak sebulu dengan Guan Eng, tidak ada siapa dalam parti tersebut mendesak sesiapa di kalangan pimpinan kerajaan negeri untuk melepaskan jawatan lanjutan dari kejadian tersebut.

Kalau berlaku di negeri yang BN perintah ni, dah semuanya dari Menteri Besar, Menteri sehingga kepada Perdana Menteri, di mintanya melepaskan jawatan.  Menteri Besar kena letak jawatan sebab berlaku dalam negeri dia, Perdana Menteri, sebab beliau yang lantik Menteri Besar.

Masa Pusat Tahfiz terbakar akibat perbuatan khianat hari tu pun DAP dah suruh Menteri letak jawatan padahal bukan ada kaitan apa sama sekali dengan kecuaian Menteri pun.  Dia suruh letak jawatan jugak, bukan peduli apa ada kena mengena ke taknya.

Alih kena kat dia, apa berbunyi pun tak ada.

Semua ini untuk rakyat menginsafilah bahawa beginilah cara pembangkang beroperasi di negara kita ni.  Bukan peduli apa sangat pasal rakyat pun tapi lebih kepada bagaimana nak mempolitikkan keadaan untuk kepentingan sendiri semata-mata.


Sebaran :

Leave a Reply