‘Kantoi’ Bohong Lagi, Bila Warga Emas Itu Mahu Minta Maaf Pada PM?



Sebaran :

Seorang blogger warga emas dalam satu tulisannya mendakwa CEO MAS, Peter Bellew kononnya meletak jawatan dari syarikat penerbangan negara itu disebabkan oleh campur tangan dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dengan tuduhan tersebut, mungkin warga emas itu menyangka dia akan berjaya sekali lagi memburukkan Najib di mata rakyat. Dia mungkin juga sedar bahawa masih ada orang ‘bangang’ dan ‘bahlul’ untuk terus percaya pada apa saja yang dia katakan.

Tiba-tiba, Peter Bellew tampil membuat sidang akhbar dan menafikan tuduhan warga emas itu. Beliau menegaskan perletakan jawatannya adalah atas kehendak dirinya sendiri dan tidak ada sebarang campur tangan seperti yang warga emas itu tulis di blognya.



Merujuk kepada insiden ini, penulis dapati bahawa warga emas itu sudah ‘kantoi’ berbohong. Pembohongan itu sangat jelas apabila tuduhannya itu tersasar jauh dari apa yang sebenarnya berlaku.

Yang melucukan, dia begitu yakin menulis di blog, “Tak usahlah nak bohong. Bellew berhenti kerana Najib campur tangan dalam urusan MAS tanpa rujuk kepada Pengarah dan Pengurus Syarikat.” Sedangkan, terbukti kini dialah yang berbohong, bukan?

Penulis tidak pasti setebal mana muka warga emas itu. Apakah dalam dirinya masih ada rasa malu? Jika tidak malu pada diri sendiri dan rakyat di negara ini, apakah dia masih punya rasa malu kepada Allah SWT? Bila Allah hilangkan rasa malu pada diri seseorang, apakah orang itu masih boleh dianggap bermaruah?



Kredibiliti blogger warga emas itu sudah hancur punah. Nampaknya, benarlah bagai yang dikatakan ramai pihak bahawa dia telah ‘kencing’ kita semua lebih daripada 22 tahun sebelum ini. Namun malang, masih ada lagi ‘macai’ yang percaya padanya?

Sekiranya dirujuk pada sejarah MAS, penulis dapati warga emas itu langsung tidak layak untuk bercakap soal syarikat penerbangan negara itu. Masih kita ingat lagi bagaimana dia campur tangan dalam urusan MAS sebelum ini.

Sahabatnya, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, Mat Sabu dan ramai lagi pernah menyerang tentang skandal MAS di mana Tan Sri Tajuddin Ramli mendakwa dirinya ‘dipaksa’ oleh warga emas tersebut untuk membuat ‘khidmat negara’ bagi menyelamatkan negara ekoran dari skandal forex BNM?



Pentadbirannya kononnya banyak duit ketika itu, jadi mengapa pula dia minta Tajuddin beli MAS untuk bantu BNM yang kerugian lebih RM32 bilion? Kenapa dia tidak gunakan dana kerajaannya sendiri untuk selamatkan BNM? Takut defisit teruk ketika bentang bajet?

Bagaimana pula dengan dana kerajaan yang digunakan untul ‘bailout’ segala kerugian MAS yang dianggarkan sebanyak RM8 bilion ketika itu? Tak ingat? Lupa? Tidak tahu? Sebagai Perdana Menteri ketika itu, apa yang dia tahu agaknya?

Menariknya pada 2006, ketika ditanya wartawan sama ada benar dia memaksa Tajuddin membeli MAS, warga emas itu menjawab dia ‘tidak ingat’? Apakah dia sudah lama ‘hilang ingatan’ sejak kira-kira 11 tahun lalu? Dia lupa atau pura-pura lupa sebenarnya?



Warga emas itu harus tahu bahawa Najib bukanlah seperti dirinya yang suka campur tangan dalam semua hal di dalam negara ini. Najib tidak sepertinya yang campur tangan dalam keputusan badan kehakiman negara, MAS dan banyak lagi syarikat, agensi, suruhanjaya yang sepatutnya bertindak bebas.

Penulis tidak nafi tentang jasanya sebelum ini. Namun begitu, janganlah sampai terdesak menipu rakyat dengan memburuk-burukkan pentadbiran Perdana Menteri lain kerana dia sendiri jauh lebih teruk ‘buku rekod’nya. Dia yang buruk, dia tuduh pula orang lain buruk? Apa jenis manusiakah ini?

Justeru itu, ekoran sudah ‘kantoi’ berbohong begini sekali, apalah salahnya jika timbul sedikit kesedaran dalam diri untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri. Kenapa tidak mahu minta maaf? Ego? Rasa dirinya bagus sangat? Maksum? Berani minta maaf? Kembalilah ke jalan yang benar sebelum terlambat…




Sebaran :


One thought on “‘Kantoi’ Bohong Lagi, Bila Warga Emas Itu Mahu Minta Maaf Pada PM?

  • tak perlu lagi kita peringat dia suruh bertaubat atau kembali ke jalan yang benar sebab dia memang nak mati sebagai munafik…semoga isteri & anak2nya lebih merasa risau dari kita2 ini dengan perangainya yang berterusan membuat pembohongan demi pembohongan pada usia terlajak diberi subsidi dimana tuhan akan tarik balik pada bila2 masa sahaja

    Reply

Leave a Reply