PKR Disisih “Di Bumi” Sendiri?

Share

BERDASARKAN kepada pemerhatian, nampak jelas bendera PKR hampir tidak langsung kelihatan di tapak demo kelepetokrasi yang berlangsung di Petaling Jaya sekarang.  Bendera bunga, PAN dan DAP tu bersepahlah.  Kita boleh faham kenapa bendera DAP dan parti yang mereka bantu tubuhkan, PAN ada banyaklah nampaknya, maklum, sudah ‘bayar’ pun banyak juga ye tak?

Sedangkan ini adalah negeri yang PKR perintah tapi macam mana bendera mereka yang paling tidak ada sekali?  Sudahlah julung-julung kali demonstrasi diadakan di bumi sendiri, bendera pulak tak ada, macam mana cerita?  Melainkan satu, tidak langsung kelihatan bendera PKR dimana-mana di tapak lokasi demo kelepetrokasi ini.

Dengan kurang 1 jam sebelum demo dimulakan secara rasmi, sudah tentu keadaan ini menimbulkan persoalan.

Adakah berlaku sesuatu bentuk ketidaktentuan di antara parti-parti komponen dalam Pakatan ini?  Mungkinkah PKR berkecil hati kenapa mereka “tidak dapat” seperti mana yang di dakwa DAP “dapat” atau macam mana?

Jika dilihat dari tindakan PKR terus mengadakan rundingan dengan PAS disebalik keputusan Pakatan untuk tidak mahu ada hubungan dengan parti Islam itu sama sekali, mungkin kebarangkalian itu ada kebenarannya.

 

Leave a Reply