Kleptokrasi Dari Segi Maksud Lebih Hampir Dengan Mahathir, Jauh Dari Najib

Sebaran :

KLEPTOKRASI ni kalau ikut pada bahasanya antara lain bermaksud pemimpin yang mencuri harta negara.  Dan sejarah negara kita menunjukkan (dan bakal dibuktikan tidak lama lagi) ialah Mahathir yang terlibat kelepet RM 32 billion dalam skandal Forex antara 1989-1993 dulu.

Sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada rekod lagi yang menunjukkan beliau pernah menghilangkan wang negara ini atas apa sebab dan skandal sekalipun.  1MDB tu bukan skandal tapi diskandalkan oleh Mahathir, tak hairan sehingga sekarang, tidak ada apa wang yang hilang.

Maka tidak hairanlah Mahathir tidak minat nak menjelaskan apa maksud kleptokrasi dalam perhimpuna yang akan diadakan hari ini sehinggakan ramai orang tak faham akan maksudnya, hanya menjadi pengikut saja, sebab perkara itu lebih dekat dengan dia daripada Najib.

Dulupun, sebelum skandal Forex ini dibuktikan, memang Mahathir selalu dituduh orang seperti Anwar sebagai perompak negara – yang membawa maksud kleptokrasi hari ini.

Ini dibuktikan dengan beberapa temuramah awal yang diadakan dengan lebih kurang 5 orang yang datang ke perhimpunan hari ini.  Majoriti daripada mereka (anak muda) tidak faham pun apa maksudnya kleptokrasi ni, hanya datang sebab dibayar atau mengikut kawan-kawan.

Baru temuramah awal sebab yang datang pun belum seramai mana.  Tapi sekadar nak menyebutkan, itulah gambaran awal apa yang akan berlaku hari ini dalam demontrasi yang bakal Mahathir anjurkan – tanpa hijack orang lain punya, buat pertama kalinya.


Sebaran :

One thought on “Kleptokrasi Dari Segi Maksud Lebih Hampir Dengan Mahathir, Jauh Dari Najib

  • Sungguh menghairankan….
    DSNR di cap sebagai kleptokrat…
    Tapi anak anak dia tak pernah dengar pulak antara orang-orang
    100 terkaya Malaysia…
    Tapi orang yg sungguh sungguh menuduh DSNR kleptokrat mempunyai anak-anak bertaraf billionair…
    Kenapa laa Mahasiswa Mahasiswi sebelum pilihanraya ke14 dulu tak nak kaji lebih mendalam
    dgn skandal skandal penuduh masa lalu…
    Pasti akan dapat jawapan lebih tepat
    Akhirnya Mahasiswa/Mahasiswi menjadi kebingungan seperti sejarah Hang Tuah membunuh si Jebat
    Seperti kata Hang Tuah setelah membunuh Hang Jebat
    ” AKU KAH YANG BENAR..???
    ATAU JEBAT KAH YANG BENAR..????”

    AKHIRNYA MENJADIKAN MELAKA KEHILANGAN SEORANG PAHLAWAN…
    HANG TUAH PULA KEHILANGAN SEORANG KARIB.
    KESUDAHANNYA MELAKA KEHILANGAN RAJA.

    Reply

Leave a Reply