Laporan Kajian Projek Terowong Pulau Pinang Belum Diterima – Fadillah

Sebaran :

Kementerian Kerja Raya belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang 18 bulan yang lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mulanya berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia kemudian ditunda kepada enam bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan tersebut pada Mac tahun ini.

Beliau berkata Lim memberi alasan bahawa kajian mengenai projek itu masih hanya 87 peratus dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila kajian selesai.

“Sekali lagi tarikh akhir itu telah berlalu dan sehingga hari ini, kita belum menerima satu halaman pun laporan berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

Fadillah berkata penangguhan itu sangat luar biasa kerana projek tersebut telah ditawarkan pada April 2013…..

Bernama


Sebaran :

Leave a Reply