Tidak Wajar Kaitkan Siasatan SPRM Bermotif Politik – Ismail Sabri

Sebaran :

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta yang melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Sabah, tidak wajar disifatkan bermotif politik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin SPRM menjalankan tugasnya dengan telus dan tanpa campur tangan pihak luar atau dipengaruhi mana-mana parti politik.

“Saya yakin SPRM dan juga polis adalah profesional dalam bidang tugas masing-masing …dalam siasatan mereka, ada juga orang UMNO ditangkap malah pernah berlaku, masih (berkhidmat) dalam kerajaan pun ditahan.

“Jadi pembangkang kena berlaku adil. Jangan bila orang UMNO kena (siasat), mereka kata SPRM adil dan jalankan tugas tetapi bila orang mereka sendiri yang kena, terus tuduh kata ada tindakan politik,”katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pesara Pahang 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini, yang turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan…..
Bernama


Sebaran :

Leave a Reply