Penyakit ‘Alzhiemer’ Warga Emas Itu Makin Teruk…

Sebaran :

Hanya kerana Tian Chua dikenakan hukuman sebulan penjara baru-baru ini, seorang warga emas yang pernah berkuasa secara ‘kuku besi’ di negara ini tergamak ‘membebel’ tidak tentu hala sambil lupa untuk ‘cermin’ dirinya sendiri.

Mungkin kini sudah bersekutu dengan puak-puak yang dia ‘zalimi’ dahulu, maka tiba-tiba saja dia ‘meroyan’ bercakap soal undang-undang di negara ini yang kononnya tidak berasas memenjarakan pemimpin PKR itu selama sebulan.

Dia mendakwa kononnya agensi perundangan di negara ini memberi kerjasama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kononnya ‘zalim’ dan membawa kepada tuduhan negara ini ‘tidak selamat’.

Lebih melucukan lagi, warga emas itu mahu BN dijatuhkan pada PRU ke-14 nanti dan selepas kemenangan Pakatan Harapan maka barulah Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat dilepaskan dari penjara!

Pertamanya, bercakap soal mendaulat dan menguatkuasakan undang-undang, penulis berpandangan bahawa warga emas itu langsung tidak memiliki kredibiliti untuk membebel mengenainya.

Ingat lagi tentang apa yang berlaku terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas? Hanya kerana beliau memutuskan UMNO sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah dan beberapa keputusan lain yang tidak memenuhi kehendak warga emas itu, beliau ‘dipecat’ dari jawatannya.

Mencari jalan menyingkirkan Tun Salleh Abas, dia tubuhkan tribunal khas. Setelah itu, dia tuduh pula tindakan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara ketika itu kononnya atas kehendak Yang DiPertuan Agong.

Padahal, ramai pengamal undang-undang ketika itu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sila tanya Aziz Bari. Dia pernah menulis tentang perkara ini dan menyatakan kesangsiannya terhadap tindakan warga emas tersebut terhadap Tun Salleh Abas.

Layakkah warga emas itu ‘meroyan’ tentang undang-undang? Baru sebulan dijatuhkan hukuman, tiba-tiba Mahkamah di negara ini dikatakan kononnya menyebelahi Najib?

Mungkin penyakit ‘alzhiemer’nya semakin teruk. Dia mungkin lupa berapa lama dia tahan anak Almarhum Nik Aziz dalam penjara? Berapa ramai lagi pemimpin BN serta pembangkang yang menentang dan mengancamnya dahulu dia ‘ISA’kan dahulu? Dia ‘lupa’?

Soal kedua, apakah dia fikir badan kehakiman di negara ini berpihak kepada BN seperti yang di zaman dia berkuasa dulu? Dia fikir Najib perlu bersikap tidak adil seperti dia? Dia fikir Najib berkuasa mengarah hakim-hakim negara membuat keputusan?

Pada pandangan penulis, Najib sememangnya boleh bertindak ‘kuku besi’ seperti warga emas itu. Namun Najib ternyata tidak zalim sepertinya untuk bertindak luar batasan dan berlaku tidak adil terhadap badan kehakiman negara.

Najib tidak campur tangan dalam hal ehwal keputusan badan kehakiman negara ini. Yang salah tetap dihukum, yang tidak bersalah maka sudah tentu badan kehakiman lepaskan. Dalam soal Tian Chua, mujurlah dipenjara hanya sebulan. Jika di zaman ‘maha-zalim’ dahulu, mungkin dihumban bertahun-tahun merengkok dalam penjara…

Ketiganya, soal Anwar ‘dilepaskan’. Penulis tahulah hukuman Anwar dijangka bakal berakhir tahun depan. Tidak perlulah terlalu ‘poyo’ dalam mengalun retorik politik. Jika BN menang sekalipun pada PRU kali ini, habis tempoh hukuman maka keluarlah banduan itu.

Lagipun, buat apa simpan banduan itu lama-lama dalam penjara. Buat habiskan beras dan duit saja ‘menyara’ banduan yang dilayan ‘istimewa’ dalam penjara itu. Sudah habis tempoh, maka bebaslah. Diharap, dia terima pengajaran dan tidak lagi melakukan jenayah, kan?

Apakah warga emas itu lupa siapakah Anwar? Siapa yang warga emas itu sebut dengan yakin sebagai penjenayah, penzina dan peliwat? Siapa yang warga emas itu label sebagai individu yang tidak bermoral? Siapa yang dia malukan di seluruh dunia? Dia lupa lagi?

Justeru itu, tidak perlulah membebel menuduh orang tentang suatu yang dia sendiri pernah lakukan. Dia yang berbuat demikian, tapi dituduhnya orang lain yang buat? Buruk benar perangai seperti itu. Bertaubatlah, kembalilah ke pangkal jalan…


Sebaran :

Leave a Reply