Pesta arak bukan isu di Selangor – Azmin
Setelah puas berdolak-dalik, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya memperlihatkan pendiriannya yang sebenar apabila bertegas untuk memberikan kelulusan kepada penganjuran pesta arak selagi pihak penganjur mematuhi syarat ditetapkan.
Jelas Mohamed Azmin, penganjuran pesta arak bukanlah satu isu di Selangor dengan alasan sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi kelulusan kepada penganjurannya, sekali gus membayangkan betapa bantahan serta sensitiviti umat Islam serta nasihat polis tidak dipedulikan.
“Ia bukan isu di Selangor, kita telah bagi kelulusan sejak beberapa tahun lalu tetapi penganjur kena memenuhi syarat-syaratnya dan itu prosedur normal.
“Kita beri kelulusan tahun lalu, kita beri kelulusan untuk beberapa tahun lalu, jadi kami akan terus beri kelulusan selagi mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Wanita Berdaya dan Dasar Wanita Selangor di sini hari ini.
Pelbagai lapisan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pas sendiri menentang penganjuran pesta arak itu di negara ini.
Malah, kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sekali lagi menegaskan polis tidak akan membenarkan penganjuran pesta itu termasuk Centro Mall German Food & Beverages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.
Menurut Mohamad Fuzi, arahan itu bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana pihaknya tidak sesekali bertoleransi terhadap mana-mana ancaman keganasan di negara ini.
Pada 18 September lalu pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 atas sebab keselamatan selain bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.
Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak berbeza dari 43 kilang arak seluruh dunia.
Utusan
Negeri-negeri dimana Octoberfest berlansung ikut laporan akhbar
1. Penang
2. Johor
3. Sarawak
4. Selangor
5. Melaka
Harap MYkmu spotlight semua negeri2 ini dan bukan hanya Selangor. semua negeri 2 ini Menteri Besar telah beri komen