Mahathir ‘tersungkur’ kepada perjuangan Dap

Share

Dr. Mahathir Mohamad disifatkan telah ‘tersungkur’ secara rasmi kepada perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang sebelum ini ditentang bermati-matian oleh bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia berikutan kunjungan buat pertama kalinya Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu ke ibu pejabat parti ber­kenaan, semalam sekali gus memecah rekod 22 tahun sebagai penentang kuat kepada perjuangan DAP.

“Bagi generasi baharu Malaysia, konsep Malaysian Malaysia DAP adalah berakar umbi daripada deklarasi bersama parti-parti pembangkang yang bergabung di dalam The Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965.

“Tercatat kemas da­lam Deklarasi MSC ini kenyataan yang berbunyi bahawa ‘Malaysian Malaysia bermakna bahawa negara tidak lagi dikenal pasti dengan ketuanan, kesejahteraan dan kepen­tingan mana-mana komuniti atau kaum tertentu’,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir menjejakkan kaki ke ibu pejabat parti DAP di Kuala Lumpur bersama pemimpin utama Pakatan Harapan yang hadir untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang itu.

Utusan

(Visited 15 times, 1 visits today)

One thought on “Mahathir ‘tersungkur’ kepada perjuangan Dap

  • October 4, 2017 at 12:38
    Permalink

    Dah hilang dan kita bolih padam siapa Dia sebelum ini……..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!