Syed Saddiq dicabar lapor polis, dedah nama individu tawar RM5 juta

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicabar untuk membuat laporan polis terhadap individu yang didakwanya menawarkan RM5 juta pada sidang medianya semalam.

Malah, Syed Saddiq juga perlu mendedahkan nama individu tersebut jika dakwaannya itu sememangnya benar.

Namun Pergerakan Pemuda UMNO yakin Syed Saddiq hanya beretorik di sebalik dakwaannya itu umpama baling batu sembunyi tangan.

Tuduhannya itu kononnya individu tersebut turut menawarkan peruntukan membuka sekolah debat di sekolah debat di seluruh negara jika menurut kemahuan mereka juga meragukan.

Buat laporan polis, dedahkan nama jika dakwaannya itu betul bukan membiarkan rakyat membuat spekulasi liar dan melulu yang akhirnya menjadi fitnah.

Pihak polis turut digesa membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Syed Saddiq itu yang sengaja menimbulkan konspirasi baharu dalam politik negara.

Pergerakan Pemuda UMNO turut hairan dengan tindakan Syed Saddiq mengadakan sidang media semata-mata hendak memberitahu beliau menolak tawaran menyambung pelajaran ke Oxford semata-mata memilih politik, dan bukannya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Saya ingin beritahu bahawa Syed Saddiq ini bukan individu penting, kalau beliau tak mahu sambung belajar, berikan tawaran tersebut kepada orang lain yang lebih layak dan memerlukan.

Beliau baharu setahun jagung politik tetapi sudah menampilkan gaya seorang yang bodoh sombong dan tidak tahu adab apabila menyifatkan pemimpin UMNO sebagai ‘jari tengah’ atau middle finger.

Selain popular kerana penganjuran Forum Nothing To Hide 2.0 yang kecoh dan gagal baru-baru ini, beliau tiada apa-apa pencapaian membanggakan dalam politik.

*NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN*
Exco Pemuda UMNO
Pengerusi Biro HELP Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

Leave a Reply