Lapor SPRM Teruslah, Nak Nasihat Peguam Apa Lagi?

Sebaran :

KATA Syed Saddiq, dia akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat laporan kepada SPRM berhubung tawaran RM 5 juta yang diterimanya untuk keluar dari Bersatu.

Ini cerita kelakar ni.  Terang-terang tawaran seperti itu (kalau betul) adalah rasuah, lagi nak dapat nasihat peguam apa jadahnya lagi?  Bodoh sangat ke sampai benda yang unsur rasuah dan tidak pun tak boleh nak tentu sehingga nak dapat nasihat peguam dulu?  Toksah peguamlah, siapa pun yang ditanya akan kata itu rasuah.

Teruskan sajalah buat laporan, nak tunggu apa lagi?  Cerita konon keselamatan keluarga dan sebagainya ni, bunyi macam ada sesuatu yang nak disembunyikan.  Come onlah ini bukan zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dulu yang nak takut macam itu sekali?

Orang lain ni kalau dah dapat tawaran yang seperti ini, tak tunggu lama dah untuk buat laporan.  Difikirkan balik, apa yang menghalang ye tak?  Untung dari segi lain memang takdelah (sebab dakwa dah tolak) tapi untung dari segi politik banyak.  Segi politiknya, macam-macam boleh dibuat dengan cerita macam ini, provided kena ada buktilah.

Tawaran mesti datang dalam apa bentuk dan ia mesti boleh dibuktikan.  Tak boleh nak buktikan, jangan cakap, kelak yang buat tuduhan akan kena gelak dan memang sekarang pun Syed Saddiq sedang jadi bahan gelak sebab tak boleh nak bukti apa yang dia cakap.  RM 5 juta ni ooi. takkanlah tawaran tu datang dalam bentuk mistik pulak, siapa bodoh saja percaya tu.

Mungkinlah Syed Saddiq ambik sejenis kebodohan segelintir orang di Malaysia ini yang suka percaya dakwaan tanpa bukti.  Seronok sangat nak kondem UMNO dan kerajaan sana sini sampai bila ada tuduhan kategori air liur macam ini terus percaya tanpa dakwa dakwinya lagi.

Kepada jenis orang macam ini, tuduhan Syed Saddiq ada meritnya tersendiri tapi buat majoriti besar yang lain, kita perlukan bukti dengan laporan kepada SPRM ni sebagai langkah pertama.  Setakat cakap, siapa pun boleh cakap.


Sebaran :

Leave a Reply