‘Budak Kanyaq’ Kena Lagi…

Share

Bak kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata boleh binasa akibatnya. Penulis tidak salahkan ‘budak kanyaq’ sekiranya dia tidak tahu atau faham pepatah itu, namun kini terserlah sekali betapa ‘mentah’nya dia…

Sebelum ini, dia bertelagah dengan bekas Naib Presidennya, Dato’ Hamidah Osman. Disuruhnya tokoh politik lama itu ‘berambus’. Akibat dari sikap biadap dan kurang ajarnya itu, Hamidah ‘merajuk’ dan umum keluar parti.

Mungkin ketika itu ‘budak kanyaq’ berkenaan bersorak gembira, tanda dia menang. Namun jika dilihat dari sudut politik, tindakannya itu sebenarnya hanya menjejaskan dirinya sendiri, terutama untuk jangka masa panjang. Bahasa mudah, riwayat politiknya makin ‘nazak’.

Terkini, dia dikecam lagi akibat dari tindakannya membuat sidang akhbar ‘RM5 juta’ dan ‘mega sales’ dari Oxford University. Tidak perlulah penulis ulas atau ‘balun’ dia berkenaan isu ini kerana imejnya hampir ‘lunyai’ dikerjakan.

Penulis yakin, dicabar 100 kali sekalipun, dia akan gagal buktikan tentang dakwaan RM5 juta itu. Dia mungkin takkan jawab sehingga ke akhir hayatnya, hampir sama seperti Ezam yang tidak pernah dedahkan ‘kotak-kotak’nya.

Penulis juga yakin dia terlupa untuk meneliti ‘surat Oxford’ yang dia maksudkan sebagai ‘tawaran hebat’ itu. Sudah ramai yang ‘kantoi’kan tentang surat tersebut dan biarlah ‘budak kanyaq’ itu terus hanyut dalam labu-labunya.

Persoalannya ialah sikap ‘budak kanyaq’ itu sendiri yang pada penulis dilihat sebagai terlalu angkuh dan merasa dirinya ‘macam bagus’. Dia fikir tindakannya ‘bijak’ dan dia ‘menyerbu tanpa pakai helmet’. Akibatnya, benjol dahi bertelur akibat tindakan ‘bijak’ itu, bukan?

Khabarnya dia dikelilingi seorang ‘negarawan’ yang hebat pemikirannya. Konon jika boleh, ramai yang mahu pinjam ‘otak’ tokoh hebat itu yang geniusnya melampaui cakrawala. Tapi kenapa budak itu tetap ‘kanyaq’ juga?

Dia juga kononnya sangat rapat dengan seorang bekas Menteri Besar yang berkelulusan tinggi berijazah dari luar negara, ‘celik’ dan bukan bertaraf SPM. Tapi kenapa budak itu tetap ‘kanyaq’ dan memperlihatkan dirinya yang bagai tiada akal juga?

Maka kerana itulah penulis berpandangan bahawa budak yangg diangkat sebagai ketua kepada ‘budak-budak kanyaq’ yang lain itu hanyalah ‘sampah’ yang layaknya menjadi ‘perkakas’ di pentas pilihan raya nanti.

Kata budak ‘kanyaq’ itu dia mungkin gagal, namun dia telah mencuba? Rasanya, penagih dadah tegar pun berfikiran begitu. Mereka mungkin gagal berhenti menagih, namun sekurang-kurangnya mereka mencuba, bukan?

Jika disebut sayang pada negara, penulis yakin semua ahli dan penyokong UMNO sememangnya sayang pada negara dan kerana itulah kita semua tidak sesekali redha Pakatan Harapan menguasai negara, boleh jahanam negara dibuatnya…

Penulis tidak mengatakan UMNO atau BN ini sempurna kerana Presiden atau Pengerusinya tidaklah maksum seperti Rasulullah SAW. Namun untuk menuduh Datuk Seri Najib Razak dengan tuduhan yang direka-reka dan tohmahan jahat, itu zalim namanya!

Pada pandangan penulis, ‘budak kanyaq’ itu disarankan supaya pergilah belajar semula. Tidak perlulah ke Oxford, maahad tahfiz atau sekolah pondok pun jadilah, asalkan dia isi dulu dadanya dengan asas agama yang kuat, matangkan diri, barulah kembali berpolitik…

Seperkara lagi, tak payahlah buat muka kasihan ketika sidang akhbar. Hampir muntah penulis tengok ‘lakonan’nya…

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!