BAJET 2018 & Cukai Pendapatan

oleh Ab Jalil Backer

1. Beberapa media melaporkan kenyataan Perdana Menteri bahawa ada berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018.

2. Sebenarnya sejak Dato’ Sri Mohd Najib Razak menjadi Perdana Menteri, penjawat awam menikmati pelbagai keistimewaan yang terlalu besar berbanding sebelumnya. Malangnya, ramai juga penjawat awam tidak menyokong Barisan Nasional.

3. Sudah tentu Bajet kerajaan akan membentangkan peruntukan kepada penjawat awam. Namun Kerajaan juga boleh membuat pelbagai polisi yang mesra golongan berpendapatan sederhana yang sebahagian besarnya bukan penjawat awam.

4. Hasil dasar kerajaan yang berjaya, kita telah mewujudkan sekumpulan rakyat kelas pertengahan yang agak besar jumlahnya. Malangnya, kumpulan ini berhadapan dengan pelbagai cukai. Mereka antara pembayar utama GST, pembayar cukai pendapatan dan juga cukai korporat.

5. Kita faham pengenalan GST merupakan titik penting dalam pengurusan ekonomi negara. Ia merupakan mekanisme dua hala yang menampung perbelanjaan negara dan mengawal perbelanjaan rakyat.

6. Ketika golongan pendapatan rendah tidak berbelanja banyak, dan golongan kelas atasan lebih banyak berbelanja di luar negara; golongan kelas menengah atau berpendapatan sederhana inilah yang paling banyak membayar GST.

7. Justeru adalah wajar Bajet 2018 mengambil kira untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan kumpulan berpendapatan sederhana SECARA DRASTIK.

8. Penjimatan antara RM 2-3 ribu setahun bagi mereka yang berpendapatan sederhana amat besar ertinya.

9. Penjimatan ini juga akan menambah kuasa beli golongan “middle income” (RM 5,000 – RM 15,000 sebulan). Ini sekaligus akan menjana ekonomi negara dan kerajaan boleh menambah kutipan GST.

10. Saya fikir Kerajaan juga perlu sedar bahawa kekurangan kuasa beli kumpulan ini akan menyebabkan mereka akan menggunakan segala kemudahan awam seperti tadika kerajaan, klinik kerajaan, rumah kos rendah dan perkhidmatan-perkhidmatan awam lain yang sepatutnya bertujuan untuk rakyat berpendapatan rendah.

11. Akhirnya akan wujud rantaian kesan ekonomi yang berasaskan perbelanjaan kumpulan “middle income” seperti tadika swasta, restoran dan lain-lain. Ini akan menjurus kepada kelembapan ekonomi dan akhirnya menyebabkan kerajaan perlu berbelanja lebih lagi bagi menguruskan masalah ini,

One thought on “BAJET 2018 & Cukai Pendapatan

  • October 3, 2017 at 23:56
    Permalink

    Kesan sekarang dari perbelanjaan domastik begitu teruk sehinggakan hari2 ada sell dan discon tiap2 minggu pun barang tak laku , kerajaan Kena rangsangan balik perbelanjaan rakyat,, rakyat sekarang takut berbelanje mereka penting makan dari beli barangan, najib kena tangan Harga barang agak mahal, contoh penah satu ketika harga ikan kembung di musim tengkujo sampai 20Rm ini bergitu menbebankan, pada harga ikan pada hari biasa hanya 14Rm 1kg, jadi kerajaan kena bersiap sedia bila musim tengkujo, lagi satu satu saya nasihat harga ayam penah mencapai 9rm 1kg ini juga menbebekan rakyat kita Ketika raya dan ketika ayam sakit, jadi kerajaan kena memantau harga makanan supaya tak menbebankan rakyat…

    Saya peniaga amat terkesan kurang orang menbeli, saya dapat barang supply harga mahal jual murah disebab kurang kuasa menbeli dikalangan rakyat,

    Antara dua cadangan boleh diterima atau terpulang pada datok seri najib itu pilih dua cadangan tersebut

    Saya mencadangkan orang gaji 10k kebawah tak kena cukai pendapatan bagi merangsang ekonomi domastik.

    Hapuskan Cukai gst 500ribu kebawah Dan kedai2 berpendapat 1juta keatas dikenakan gst… Itu cara rangsang ekonomi kita balik

    Reply

Leave a Reply