Tolaklah SPRM Dengan Adab, Tak Ingat Sejarah Suami?

Penulis teruja sungguh apabila mendapat tahu tentang pendirian Presiden Pakatan Harapan, Datin Seri Wan Azizah yang secara bongkak menolak cadangan dari SPRM yang menawarkan khidmat menyaring calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya nanti.

Tidak kisahlah jika dia mahu menolak cadangan itu. Ianya sekadar cadangan dan tawaran sahaja, namun tidaklah perlu berlaku bongkak berlagak bagai ‘suci, mulus, kudus’. Dia boleh menolak dengan baik, bukan?

Tapi dia memilih untuk bertanya ‘siapa itu SPRM’? Apakah dia tidak kenal pada SPRM atau sengaja mahu tunjuk lagak? Untuk apa dia tunjuk hebat begitu rupa sedangkan suaminya sendiri pernah terpalit dengan 4 tuduhan salah laku rasuah dan didapati bersalah?

Jika Wan Azizah terjangkit sindrom ‘tidak tahu’ atau ‘alzhiemer’ seperti seorang warga emas itu, suka penulis imbas kembali tarikh 14 April 1999 ketika mana hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul memutuskan suaminya bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Kemudian, Mahkamah Persekutuan pula pada 10 Julai 2002 melalui Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah telah memutuskan untuk menolak rayuan kes yang difailkan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Lebih menarik lagi, kes berkenaan berlaku ketika warga emas itu berjawatan Perdana Menteri. Wan Azizah bolehlah cuba bertanya padanya. Itupun jika dia masih ingat. Tapi bersedialah dengan jawapan ‘tidak tahu’…

Seterusnya, salah seorang dari pemimpin Pakatan Harapan yang juga merupakan anak kepada seorang ‘De Facto’ juga kini sedang berdepan risiko dihukum penjara membabitkan tuduhan rasuah berhubung kes sebidang tanah dan banglo tanpa ‘swimming pool’.

Itu baru hanya diingatkan kepada Presiden ‘puppet’ itu mengenai dua pemimpin utama Pakatan Harapan yang berpotensi dicalonkan semula pada PRU ke-14 nanti. Seorang didapati bersalah, manakala seorang lagi sedang dalam proses perbicaraan.

Jika yang dikatakan calon ‘Perdana Menteri’ Pakatan pun sangat diragui atas rekod buruknya yang ‘sangkut’ rasuah, tiba-tiba si isteri boleh pula bongkak kononnya tidak perlu disaring kerana calon-calon mereka ‘bersih’ belaka?

Justeru itu, penulis menyarankan supaya Wan Azizah lebih berhati-hati dengan sikapnya. Dulu merayu-rayu minta simpati di sana sini dengan linangan air mata, kini boleh pula bergelak ketawa dengan individu yang penulis yakin paling dibenci olehnya suatu masa dulu.

Janganlah kerana mengejar kuasa politik hingga hilang maruah, adab dan harga diri seorang wanita. Belajarlah merendah diri. Jika tidak setuju pun, tolaklah dengan berhikmah agar dilihat memiliki sifat seorang wanita yang beradab sopan, bukan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.