Siapa Cakap Beli Pesawat Boeing Orang Malaysia Takdak Untung?

DAKWAAN pemimpin Pakatan yang mengatakan pembelian pesawat dan enjin kapal terbang Boeing oleh MAS seperti termeterai dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Donald Trump kelmarin tidak menguntungkan rakyat Malaysia, adalah sebenarnya satu pembohongan yang nyata,

Setakat 2014, ada 14 syarikat di negara ini yang diketahui membekalkan pelbagai komponen pesawat seperti sayap dan bilah enjin jet kepada Boeing.  Antaranya ialah Aerospace Composites Malaysia (ACM), Spirit Aerosystems Malaysia, CTRM dan UPECA Technologies.

Ironinya, salah satu syarikat tersebut, berlokasi di salah sebuah negeri di utara tanah air itu, dikatakan milik kroni kepada antara pemimpin Pakatan yang membantah pembelian jet Boeing oleh MAS ini – siapa lagi kalau bukan Bapak Kroni Negara, Mahathir.  Pembinaan kilang itu pada tahun 1998 sedikit mencetuskan kontroversi kerana ia pada asalnya dicadangkan untuk dibina di negeri satu ni tapi atas sebab tertentu dibina di negeri yang lain pulak.

Ramai percaya, pembinaan kilang ini adalah sebagai timbal balik atau offset kepada pembelian 8 buah jet pejuang F/A18D Hornet oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1993.  Itupun ada yang bodoh kata dengan melabur di Amerika Syarikat tempoh hari, itu bermaksud kita menyokong Yahudi, yang Mahathir beli jet perang dari Amerika, siap ada bahagian untuk kroni dia, tak pulak sebut menyokong Yahudi?

Dibawah Mahathirlah, negara kita paling banyak guna peralatan perang dari Amerika Syarikat dan Britan – buy British last la sangat.

Begitupun yang penting disini ialah, keputusan membeli beli sehingga 33 buah pesawat (25 buah 737 Max 10 dan 8 buah 787 Dreamliner) dari Boeing untuk MAS itu, adalah tepat sebab ia turut menyumbang balik kepada ekonomi dan rakyat di negara kita yang berkhidmat di kesemua 14 buah syarikat tersebut.

Lagipun ada dua saja syarikat pengeluar utama pesawat penumpang di dunia ini, Airbus dan Boeing.  Yang bodoh-bodoh Pakatan bantah pembelian ni konon untuk mengelak wang negara dari mengalir keluar apasal?  Dalam negara ini belum ada sesiapa buat pesawat penumpang lagi yang nak kena beli dalam negeri untuk elak wang negara mengalir keluar.  Tapi itulah, kalau bukan bodoh, bukanlah penyokong/pemimpin Pakatan namanya.

Pasal depa bodohlah depa sokong Pakatan.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.