Semoga lebih ramai ilmuan tampil memohon kemaafan.

oleh Kang Nasir

Tidak rugi pun pada diri kita jika kita saling bermaafan malah inilah amalan mulia yang dituntut dalam Islam.

Rasulullah saw bersabda:
ﻣَﺎﺯَﺍﺩَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﺒْـﺪًﺍ ِﺑﻌَﻔْﻮٍ ﺇِﻻَّ ﻋِﺰًّﺍ، ﻭَﻣَﺎ ﺗَﻮَﺍﺿَﻊَ ﺃَﺣَﺪٌ ِﻟﻠﻪِ ﺇِﻻَّ ﺭَﻓَﻌَﻪُ ﺍﻟﻠﻪُ
Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidaklah seorang hamba bersikap tawadhu‘ kecuali Allah pasti mengangkat (derajatnya).
(Hadis Riwayat : Muslim)

Masa malam DOA UNTUK MALAYSIA bulan Ogos baru-baru ini. Admin bermimpi para ilmuan mohon maaf kepada PM kerana mereka diperdaya oleh hasutan. Dan admin abaikan mimpi itu kerana mainan tidur. Pada hari kedua sambutan Aidil Adha terlihat status Ustaz Ahmad Faiz lalu admin teringat celaan beliau terhadap PM. Lalu admin cuba ziarah statusnya untuk melihat semula status yang dikongsikan dahulu. Alhamdulillah mungkin beliau dah padamkan dan admin terharu bila beliau tulis status mohon maaf secara terbuka beberapa hari kemudian yang admin terlepas pandang kongsiannya.

Dan dengan ini juga saya #WargaMiskin yang jahil mohon ampun dan maaf kepada ustaz kerana keterlanjuran saya menyindir ustaz. Saya harap para ilmuan ASWAJA yang terlibat dengan #PakLebai politik mengikut jejak langkahnya. Kerana selagi PakLebai politik ASWAJA masih terus ikut langkah #PakWahab meletakan diri setaraf dengan golongan manusia yang berhati serigala. Saya tidak akan berhenti memerangi tuan-tuan kerana disebabkan hasutan tuan-tuan lah semakin ramai saudara kami warga miskin ikut sama kufur sudah lagi tidak percaya dan beriman kepada Qada & Qadar.

Dikesempatan ini saya merayu dan merayu kepada ustaz-ustaz pondok tarekat tasawuf agar dapat meningkatkan dakwah mengajak para ilmuan PakLebai politik dan PakWahab agar dapat mengajar umat islam RUKUN IMAN yang terakhir. Hanya ini saja cara mudah mengajak seluruh umat islam agar REDHA & BERSYUKUR. Dan inilah jalan penyelesaian mengajak menjauhi hasad amarah dendam sehingga terlanjur ikut kafir memusuhi saudara mukmin.

Sebenarnya. Jika kita semua taat beriman kepada Allah dan taat kepada pemimpin, Allah berkati dan melimpahkan rahmat kepada seluruh umat.

“… Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
( Al-A’raaf : ayat 96 )

Oleh yang demikian. Bersamalah kita berusaha pada perkara yang Allah redha. Kerana kita susah bukan sebab salah pemerintah akan tetapi kita sendiri yang bersusah payah ikut kata hati yang didorong oleh nafsu menjauhi limpahan rahmat dari Allah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.