SEMBAH TAKZIAH YAB PM NAJIB RAZAK

Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah sebentar tadi. Almarhum Tuanku dan saya mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.

Sesungguhnya Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja Pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi dua penggal, dan juga sebagai Pemerintah negeri Kedah. Almarhum Tuanku juga seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat. 

Patik secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah. Semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

1) NR FACEBOOK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154768019835952&id=157851205951

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.