Sejak Bila Dihanyutkan Banjir Jadi Kes Kemalangan Jalan Raya?

PAKATAN bertambah celaru.  Diperingkat tua tua kutuk dalam parti itu, “sindrom tak tahu” menjadi pegangan baru.  Diperingkat lain, kebodohan dalam menafikan kelemahan sendiri, semakin ketara.  Sepertinya, menyifatkan kes mati lemas setelah dihanyutkan air banjir dalam satu kejadian di Pulau Pinang baru-baru ini sebagai satu kes kemalangan jalan raya!!  Ini bodoh cara DAP pulak.

Dengan macam mana kes lemas setelah dihanyutkan air banjir boleh jadi kes kemalangan jalan raya?  Kalau lemas dalam sungai setelah kenderaan dipandu terbabas tu lainlah cerita.  Itu satu hal, satu hal yang lain, kenapa pemimpin DAP bersungguh-sungguh menafikan kes ini ada kaitan dengan banjir buruk yang berlaku di negeri tersebut, termasuk mengatakan negeri lain pun banjir?  Kok negeri lain banjir pun, mana ada yang sampai lemas kerana dihanyutkan air banjir.

Nampak sangat gelabahnya.

Begitupun penulis percaya, kebodohan ini bukan untuk penyokong BN tapi penyokong mereka.  Penyokong Pakatan saja yang terima bulat-bulat pembodohan yang macam ini.  Semuanya gara-gara nak menafikan penglibatan kerajaan Pakatan Harapan diketuai DAP dalam kejadian tersebut yang disifatkan ramai menjadi buruk akibat dari pengondolan bukit-bukit untuk tujuan komersial secara tidak terkawal.

Mungkin betul ada faktor tempias dari ribut dan sebagainya seperti yang dijadikan alasan untuk menutup kesipuan tapi itu hanya satu faktor.  Hakikat bahawa keadaan diburukkan lagi dari kurangnya faktor semulajadi untuk mencegah kejadian banjir kilat antara paling teruk dalam sejarah dari berlaku, tidak boleh dinafikan.

Anehnya, ia adalah pihak yang sama mengecam kerajaan Kelantan bila banjir teruk melanda negeri tersebut beberapa tahun yang lalu.  Padahal banjir di permulaan monsun seperti yang berlaku di Kelantan, memang dah zaman berzaman macam itu, tapi hakikat tersebut tidak dipedulikan.  Kelantan dan rakyatnya tetap mendapat kecaman pemimpin DAP yang berkenaan.  Sebaliknya bila perkara hampir sama berlaku di negeri yang dia perintah, dah semua yang lain salah, tak salah hanya dia saja.

Sebiji penyakit Mahathir.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.