PRU14 Pas Akan Letak Calon Ikut Sukanya Sendiri, Bukan Ikut Telunjuk DAP

KALAU dikatakan PAS menang banyak kerusi di Selangor kerana bantuan pengundi Cina dan India yang menyokong DAP (ya, parti yang kata berbilang kaum itulah) dalam PRU13 yang lepas, sebahagian dari cakap itu boleh dikatakan betul.

Tempat-tempat macam Taman Templer, Sri Serdang, DUN DUN bawah Parlimen Pandan dan dua ke tiga kerusi lain yang PAS menang di Selangor, memang secara kasarnya kelebihan bekerjasama dengan DAP waktu itu nampak sangat begitu menyumbang.

Analisa mendalam tu mungkin cerita lain tapi untuk tujuan perbincangan dalam konteks ni hari ni, anggap betul sajalah DAP bantu PAS menang 15 kerusi di Selangor dalam PRU13.

Itu yang DAP dengan bongkak kata PAS menang banyak kerusi disebabkan bantuan mereka. Melayu tongong yang sokong DAP ni, ikutlah membongkak sama ya

Tapi satu benda yang DAP berlagak ni terlupa, keadaan sekarang dah berbeza banding PRU14 yang dulu.

Dalam PRU14 akan datang ni, PAS tidak terikat dengan PKR dan DAP lagi dah dalam soal pembahagian kerusi. Ikut suka dialah nak bertanding kat mana lepas ni. Kalau kerusi-kerusi yang konon DAP bantu dia menang PRU13 dulu sudah tak boleh cari makan, dia kacau kerusi lainlah, apa masalah?

Yang DAP patut bimbang sekarang ialah Mahathir bukan PAS. Setakat nak lepas tengkuk sendiri, kerusi majoriti cina kat Selangor nun cukuplah kot tapi nak bentuk kerajaan negeri? Nampak kelam. Ada ke cina nak undi Mahathir? Cina akan undi Mat Sabu sebab kata kuncinya ialah siapa yang boleh mereka kawal. Tidak ada bukti setakat ini menunjukkan DAP mampu mengawal Mahathir lagi.

UMNO/BN dah rasa dah macam mana Mahathir punya campur tangan dalam PRU13 dulu. Sekarang Pakatan punya masa pulak lah.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.