PM doakan kejayaan calon UPSR

Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan semua murid tahun enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula siang ini.

Doa itu disampaikan oleh Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau malam tadi.

“Selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan #UPSR bermula esok. Do your best!,” ucap Najib.

Seramai 443,794 calon bakal menduduki UPSR di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara selama lima hari yang akan berakhir pada 18 September ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.