PM akan bawa isu Rohingya kepada Trump

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan membangkitkan isu penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar semasa pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 12 September ini.

Perdana Menteri berkata, isu berkenaan antara topik perbincangan semasa lawatan kerja beliau ke negara tersebut selain bakal membincangkan isu antikeganasan, rundingan bilateral, pelaburan dan keselamatan serantau.

“Kita mengulangi pendirian untuk terus memperjuangkan isu Rohingya yang kita anggap sebagai isu kemanusiaan dan bukannya isu keagamaan.

“Pendirian Barisan Nasional (BN) adalah jelas dengan mengambil kira bahawa ada demonstrasi aman yang dilakukan hari ini mengikut lunas undang-undang, kita akan mengemukakan pendirian kita daripada rakyat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

One thought on “PM akan bawa isu Rohingya kepada Trump

  • September 8, 2017 at 11:33 PM
    Permalink

    DSN memang terbaik !

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.