Pesta arak undang risiko serangan pengganas

Kedegilan penganjur Better Beer Festivals enggan mematuhi arahan pihak berkuasa yang meminta pesta arak itu dibatalkan dikhuatiri boleh mencetuskan risiko keselamatan termasuk serangan keganasan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat tentang rancangan kumpulan pengganas untuk melakukan serangan terhadap acara tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan keselamatan awam dan kita harap penganjur faham kerana ia telah diperjelaskan kepada mereka banyak kali,” katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.