Nak Maklum Saja, Bekas PM Thai Dipenjara 5 Tahun Kerana Cuai Sehingga Rugikan Negara, Bekas PM Kita?

MAHKAMAH Agung Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra kerana kecuaian dalam perlaksanaan skim subsidi beras sehingga negara itu MENANGGUNG KERUGIAN KEWANGAN YANG BESAR.

Yingluck bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan diberikan kerana telah melarikan diri ke luar negara.

Bagaimanapun itu bukan masalahnya, masalahnya ialah kes Yingluck ini mengingatkan kita semua dengan keadaan hampir sama yang berlaku di negara ini – SEORANG BEKAS PERDANA MENTERI CUAI SEHINGGA MENYEBABKAN KERUGIAN KEWANGAN YANG BESAR kepada negara.

Sama dah tu seccara dasarnya tapi di negara kita belum berlaku lagi seperti di Thailand.  Asyik tak tahu saja jawabnya.

Penulis yakin, apa pun kecuaian Yingluck dalam kes tersebut, tidak sampai sebesar RM 32 billion kesannya kepada negara atau negara itu sudah mengalami kemelesetan sekarang, tak macam apa yang rakyat kita kena dalam skandal Forex dulu.  Berdasarkan prosiding RCI yang dijalankan, footprint Mahathir hampir ada dimana-mana, kalau tak sebab melesapkan, mensenyapkan kerugian tersebut dari diketahui rakyat.

Harapannya ada lanjutan dari prosiding RCI tempoh hari, rujuk ke Mahkamah ke contohnya untuk rakyat mendapat pembelaan.  Mungkin kalau dibawa ke Mahkamah Mahathir akan tahu dan ingat semua yang berlaku.

RM 32 billion ni, bukan kecik anak.  Hari ini pun RM 32 billion tu besar, apatah lagi 25 tahun dulu.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Nak Maklum Saja, Bekas PM Thai Dipenjara 5 Tahun Kerana Cuai Sehingga Rugikan Negara, Bekas PM Kita?

  • September 27, 2017 at 8:14 PM
    Permalink

    M akan dan dihukum kerana nyanyok nya. Dia lupa siapa dia . Dia lupa Allah dalam mengaku siapa dia sambil menuduh orang lain dengan tuduhan berbagai .

    Reply
  • September 27, 2017 at 11:50 PM
    Permalink

    bukan rahsia lagi & menjadi pengetahuan sebahagian besar rakyat tahu tentang kroni kepada musibat anak haram itu bernama ‘arumugam'(tiada kena-mengena dengan kumpulan pop terhebat 80’an bernama Alleycats) ada membina ‘safe haven’ di Argentina buat musibat anak haram itu sekiranya dia terpaksa melarikan diri pada satu hari

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.