Mungkinkah KLCC Helah Mahathir Untuk Tutup RM 32 Billion Yg Lesap?

KETIKA majlis pecah tanah KLCC dimulakan pada tahun 1993, Petronas sebenarnya tidak ada keperluan mendesak pun untuk mempunyai sebuah ibu pejabat yang baru.  Ibu pejabat Petronas pada waktu itu yang terletak di Kompleks Dayabumi, baru sahaja 9 tahun beroperasi sejak siap pada tahun 1984.  Masih kukuh dan masih elok

Begitu juga dengan status negara maju, tidak ada kriteria yang mengatakan mesti ada bangunan tertinggi di dunia sebelum pengiktirafan itu boleh diberi.  Singapura tidak ada pun bangunan setinggi KLCC tapi sudah mencapai negara maju seawal 1996.  Pendek kata, tidak ada keperluan mendesak untuk KLCC dibina pada waktu itu

Jadi apa tujuan sebenarnya Mahathir bina KLCC?

Mengenali Mahathir, ada besar kemungkinan KLCC dibina untuk alih perhatian.  Skandal Forex yang menelan RM 32 billion wang rakyat ini terlalu besar jumlahnya untuk ditutup dengan sandiwara yang biasa-biasa.  Mahathir perlukan monumen yang besar untuk alih perhatian rakyat dari bercakap mengenai duit sebanyak itu yang sudah lesap.

Tak hairanlah kenapa KLCC begitu penting kepada Mahathir.  KLCC adalah Mahathir dan Mahathir adalah KLCC.

Menyentuh sikit pun KLCC ibarat menyentuh Mahathir, montaj TV3 tanpa KLCC sama seperti cuba menghilangkan legasinya, memadam namanya dari sejarah dan pelbagai yang lain.  Ketinggian KLCC dah lama diatasi bangunan-bangunan lain tapi Mahathir masih mahu rakyat ‘memuja’ KLCC, kononnya semua bangunan itu (yang mengatasi ketinggian KLCC) hanyalah satu sedangkan KLCC ada dua.

KLCC tidak berjasa kepada Melayu, KLCC tidak berjasa kepada rakyat, KLCC hanya berjasa kepada Mahathir.  Kerana KLCC, rakyat terleka dan terlupa dibawah pentadbiran Mahathir, RM 32 billion lesap begitu saja.  Skandal yang berlangsung dari 1989-1992 itu hanya diketahui kerugian sebenarnya pada tahun 2017, sebab kita dilekakan Mahathir dengan KLCC.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

3 thoughts on “Mungkinkah KLCC Helah Mahathir Untuk Tutup RM 32 Billion Yg Lesap?

  • September 20, 2017 at 2:13 PM
    Permalink

    Cuba kamu semua datang tengok dayabumi dah jadi kawasan mati orang jalan pun tak ada.
    Bangun Dayabumi cantik tapi dibiar macam itu, walau pun bila tun mahathir jadi penasihat pun dia biarkan macam itu kawasan cantik tapi bangunan kosong

    Aku masih ingat lagi penduduk setinggan duduk dekat kampung kubur ampang dapat mehikmati pandangan klcc dari bawa, betul orang cakap rakyat miskin hanya mampu tengok selepas klcc itu siap

    Reply
  • September 21, 2017 at 1:51 AM
    Permalink

    Alhamdulillah

    UMNO sedar kebobrokan Madey memerintah selama ini dan kebodohan pembinaan KLCC akhirnya

    Hujah pembangkang tahun 90an diakui sendiri oleh MykMU selepas 20 tahun

    Reply
    • September 21, 2017 at 4:10 PM
      Permalink

      Sekarang dah jadi top dog PH. Jadi tolak PH kerana ia berisiko tinggi.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.