Mahathir Semata-mata Alat DAP Untuk Memecahkan Undi Melayu

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah semata-mata alat untuk DAP memecahkan undi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata memperalatkan Dr Mahathir untuk memecahkan pengundi Melayu adalah lebih penting dan merupakan falsafah politik baharu veteran DAP Lim Kit Siang.

“Hakikat bahawa Kit Siang tidak lagi menganggap Mahathir sebagai ‘bapa perkauman’ atau ‘musuh nombor satu’ menunjukkan pendirian DAP terhadap Mahathir telah berubah daripada negatif kepada positif.

“Kit Siang tidak lagi mahu bercakap tentang masa silam Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri atau meminta Mahathir dibawa ke muka pengadilan terhadap apa yang telah dilakukannya, sebagaimana Kit Siang pernah bercakap pada masa lalu,” menurut catatan dalam blok beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh merujuk kepada temubual terbaharu Insight Talk apabila Dr Mahathir dan Kit Siang diwawancara oleh Jahabar Sadiq yang menjadi moderator dan temu ramah melalui video itu disiarkan di www.themalaysianinsight.com, semalam.

“Walaupun kedua-dua mereka memberi jawapan yang bersifat mengelak, mesejnya adalah sangat jelas. Kit Siang cuba memesongkan hakikat bahawa objektif utamanya ialah menjatuhkan UMNO dengan menyatakan jika UMNO tewas, ia baik untuk orang Melayu serta UMNO.

“Dalam erti kata lain, menjatuhkan UMNO adalah satu yang memberi kebaikan untuk UMNO dan orang Melayu,” kata beliau.

Beliau berkata kedua-dua mereka kemudian bercakap mengenai undi dari kawasan majoriti Melayu dan bagaimana mereka perlu menghakis pengaruh UMNO di kawasan-kawasan berkenaan jika mahu mengalahkan UMNO.

“Untuk itu berlaku, orang Melayu perlu berpecah kerana masyarakat Melayu yang bersatu memberi kelebihan kepada UMNO. Jelas daripada apa yang mereka katakan bahawa tugas Mahathir ialah untuk memecahkan orang Melayu supaya Pakatan (Pakatan Rakyat) pimpinan DAP boleh tampil berkuasa,” kata Salleh.

— BERNAMA

2 thoughts on “Mahathir Semata-mata Alat DAP Untuk Memecahkan Undi Melayu

  • September 8, 2017 at 10:05 PM
    Permalink

    Apalah Si Mahathir ni nak lagi. Semua dah ada dan dah rasa kalau ikutkan segi kuasa, pengaruh dan harta benda. Umur tu dekat satu abad dah. Tu dah satu kelebihan anugerah Illahi. Sihat lagi… Masyallah. Benarlah dalam satu hadith, juga untuk renungan kita bersama, ‘Manusia ni bila mulut nya tersumbat dengan tanah baru dia tersedar akan hakikat kehidupan sebenarnya’. Doalah untuk beliau dan anggap ia sebagai bapa2 atau atok2 kita juga.

    Reply
  • September 8, 2017 at 11:38 PM
    Permalink

    Itu yang DAP mahukan dari madey, jadikan melayu berpecah.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.