Mahathir, MAS dan Boeing

oleh Ab Jalil Backer

Saya tidak faham mengapa Tun Mahathir meroyan mengenai pengumuman PM Najib Razak bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bersedia membeli 50 buah pesawat Boeing pada masa akan datang.

Malah MAS telah menandatangi persetujuan membeli 16 buah pesawat dari Boeing dalam lawatan kerja PM ke US minggu ini.

Pembelian dan rancangan pembelian pesawat baru menggambarkan MAS bersedia untuk bersaing semula dengan gergasi penerbangan serantau yang lain.

Jika MAS membeli pesawat hari ini bukan bayar penuh hari ini. Ia merupakan pembayaran jangka panjang yang akan menggunakan pendapatan dari penggunaan pesawat yang dibeli.

Pembelian ini bukan untuk hiasan tetapi untuk perniagaan. Siapa akan naik kapal terbang lama?
Sebenarnya Mahathir adalah orang yang paling tidak layak untuk mengulas hal perniagaan MAS.

Beliau, Daim dan Tajuddin Ramli telah merosakkan MAS dengan teruk sekali untuk melindungi kerugian Forex Bank Negara.

Hari ini MAS terpaksa melalui jalan yang panjang untuk memulihkan diri.

Seorang penganlisia ekonomi Hoo Ke Ping menyatakan,“MAS is earning again. And if you inject the RM1.5 billion of the subsidy previously allocated for Proton into the airline, MAS can fly even farther.

“This is the best time for MAS to start buying new planes and the options are between Airbus and Boeing.
“They have chosen Boeing, which is good, as it will strengthen the ties between Malaysia and the US.”
Tun Mahathir boleh terus meroyan. Hakikatnya MAS hampir jahanam di bawah pentadbirannya.

Nota: Tun Mahathir mungkin trauma apabila mengingati kerugian berpuluh bilion ringgit ketika membeli kapal terbang pejuang US pada 1980-an, selepas beliau diberi sambutan “kereta panjang” oleh Presiden Reagan.

One thought on “Mahathir, MAS dan Boeing

  • September 15, 2017 at 5:08 PM
    Permalink

    Yang pastinya keputusan untuk bukan dibuat oleh najib sejam sebelum tiba ke NY untuk bertemu Trump. Pastinya semua itu telah dibincang bersama menteri kabinet beliau.

    Yang paling pasti itu bukan tindakan bail out untuk menyelamat sesiapa kerana sepanjang Najibj ambil alih tampok kuasa kita belum dengar lagi kisah bail out sebagaimana diamal dulu.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.