Lebuhraya TIMUR BARAT perlu dinaiktaraf

Oleh Cr Lukman Moidin

Tulisan ini saya tujukan kepada semua pengguna yang pernah melalui Lebuhraya Timur Barat diantara Baling, Gerik dan Jeli.

Tahun lalu saya menggunakan lebuhraya bahaya ini untuk ke Terengganu. Baru-baru ini sekali lagi saya terpaksa melaluinya untuk ke Kelantan. Pengguna tiada pilihan lain kerana hanya itulah satu-satunya jalanraya penghubung utama ke Pantai Timur dan Pantai Barat. Namun keadaan sebenar hanya akan dirasai bila kita memandu sendiri di jalan berkenaan.

Jika gambaran seorang peminta sedekah berpakaian bertampal sana sini, itulah situasi sebenar tahap teruknya lebuhraya Timur Barat apabila melihat kesan *tampalan tar yang sangat banyak* sebagai penyelesaian mudah agensi berkenaan menyelenggara lebuhraya ini.

Sekiranya *anda bersetuju* dengan pernyataan penulis, maka *kongsikan tulisan ini* agar ianya sampai ke pengetahuan semua ketua agensi yang terlibat.

Penulis bukan pengguna yg kerap melalui jalan berkenaan tetapi terpanggil menulis apabila melihat keperluan ianya dinaiktaraf kerana menjadi nadi penghubung pembangunan Pantai Timur dan Pantai Barat.

Paling penting agar tulisan ini dapat menyedarkan pihak Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Baling, Gerik dan Jeli.

Penulis juga berharap Ahli Parlimen kawasan-kawasan berkenaan (Jeli, Gerik dan Baling) dapat melihat keperluan naik taraf lebuhraya tersebut demi kemajuan masa depan.

Dalam usaha segera membantu para pengguna laluan tersebut, *mereka perlu mewujudkan Unit Task Force atau Peronda Khas* Lebuhraya Timur Barat untuk melihat dengan mata kepala apa yang dinyatakan, juga membantu pengguna yang mengalami kemalangan.

Berikut catatan pemerhatian saya :

??80% laluan berkenaan ditampal sana sini dan tidak terurus, sepatutnya ianya diturap semula sepenuhnya tanpa ada lopak atau rekahan.

??Laluan sangat sempit dan tidak lagi sesuai dengan zaman. Lorong memotong sahaja tidak mencukupi. Sebaiknya agensi berkenaan perlu melebarkan laluan berkenaan menjadi 4 lorong.

??Jambatan di Tasik Banding juga perlu dinaik taraf kepada 4 lorong untuk keperluan jangkapanjang.

??Bahu-bahu jalan sepanjang laluan adalah lebih baik diturap tar. Kos penyelenggaran memotong rumput sebaiknya digunakan untuk melebar laluan seperti yang dipraktikkan di negara Thailand. Keadaan jalan raya di Thailand menepati standard keselamatan yang lebih baik berbanding di Malaysia.

??Standard  lebuhraya ini sebenarnya masih bertaraf jalan kampung melalui keadaan fizikalnya tetapi beribu kenderaan melaluinya setiap hari. Sepatutnya proses naik taraf laluan ini telah lama dilakukan.

??Sepanjang laluan dari Baling ke Jeli, saya melihat hampir 6 buah kenderaan terbabas dan mengalami kerosakan. Mereka mungkin menjadi mangsa pihak bengkel atau sesiapa sahaja yang boleh mengambil kesempatan. Masa berjam-jam terpaksa dihabiskan untuk menunggu bantuan ketika musibah kemalangan kerana tiada sistem bantuan kecemasan segera di laluan tersebut.

??Paling serius ialah garis putih pembahagi jalan juga tidak dapat dilihat pada hari siang hari apatah lagi waktu malam. Saya memohon pengarah dari dua agensi JKR dan JKJR membuat pemanduan malam dilaluan berkenaan dan merasai sendiri apa yang penulis nyatakan

??Dahan pokok yang condong dan dahan reput menjuntai kearah jalan juga dibiarkan tidak ditebang, pasti mengundang bahaya khususnya pemanduan waktu malam jika pokok berkenaan tumbang.

Kesimpulan dari pemerhatian ini, nasihat penulis kepada pemandu kenderaan ringan agar *mengelak memandu waktu malam di laluan yang paling tidak selamat ini*. Seandainya ada pilihan memandulah melintasi laluan lebuhraya Timur Barat sebelum waktu senja. Risiko pandangan yang sangat terhad dan garisan putih yang sangat kabur akan menyebabkan anda kemungkinan terbabas.

Semoga pandangan dan tulisan penulis ini sampai kepada semua agensi kerajaan yang berkenaan untuk diambil tindakan. Penulis amat bimbang jika terjadi musibah kepada pemandu khususnya kepada ahli keluarga kita yang tersayang, dan kenyataan yang paling kerap diberikan ialah menyalahkan pengguna kenderaan, sedangkan sejak lebuhraya ini terbina tiada tindakan drastik diambil untuk mengatasi keadaannya.

*Cr LUKMAN MOIDIN*
Pengerusi
Pertubuhan BARAKAH Malaysia

*Sharing is caring*
Moga bermanfaat utk semua pengguna dan bakal pengguna lebuhraya Timur Barat

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.