Berjuta-Juta RM Hanya Untuk Jumpa Bush, ‘Hebat’ Mahathir Berbelanja!!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa, ketika berjumpa Presiden Bush pada tahun 2002, Mahathir (Pengerusi Pakatan sekarang) membayar berjuta-juta ringgit wang rakyat untuk tujuan tersebut (kontrak batu arang TNB sebetulnya, tapi memandangkan TNB syarikat berkaitan kerajaan, kira wang rakyatlah tu).

Tak apalah kalau berbelanja banyak itupun tapi apa hasil yang dibawa balik?  Kalau ikut dari semakan penulis, yilek!!

Pun tak apalah juga kalau pergi tak bawa balik hasil (hanya bakar duit begitu saja) tapi lepas tu janganlah kondem orang lain yang berjumpa Presiden Amerika Syarikat pulak.  Siap kutuk Presiden Trump ini macam-macam, seolah-olahnya KALAU Pakatan menang PRU14, nak putus hubungan diplomatik dengan Amerika lagaknya.

Apa punya politik kebencian yang dimainkan sampai semua sekali “dipukul” sama rata?  Tua 92 tahun yang kita cakapkan ni tapi berdendam macam budak-budak – gaduh dengan seorang, semua sekali yang berkaitan, dia “tak kawan”.

Najib pergi ni ada bawak banyak hasil timbal balik pelaburan yang menguntungan kedua-dua pihak.  Cakap pasal beli pesawat Boeing saja, ia ada keuntungan kepada rakyat negara ini sebab 14 syarikat dari negara kita turut mengeluarkan komponen pesawat untuk Boeing.  Disamping menunjukkan pemulihan MAS yang Mahathir cuba lingkupkan dulu untuk cover kerugian Forex Bank Negara RM 32 billion.

Itu belum kira hal-hal lain seperti menambah pelaburan yang telah dibuat, masing-masing oleh KWSP dan Khazanah.  Untung nanti ni akan diterjermahkan dalam bentuk dividen yang baik untuk semua pencarum KWSP dan sebagainya.

Kiranya, baik untuk rakyat semua ni.  Paling tidak pun, kira lagi baiklah dari Mahathir berjumpa Presiden US tapi tak bawak apa-apa hasil yang baik, bakar duit rakyat lagi ada.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Berjuta-Juta RM Hanya Untuk Jumpa Bush, ‘Hebat’ Mahathir Berbelanja!!

  • September 16, 2017 at 9:34 AM
    Permalink

    Cara terbaik ialah kita doa saja orang tua itu diberi hidayah. Bila dapat hidayah dia akan sedar. Hidayah hanya diberi olih Allah. Manusia malah Rasul sekali pun tidak bolih memberi hidayah.

    Dengan mengutuk dia, kita berdosa . Dia mungkin juga dilaknat, mungkin juga tidak terus dapat kesan laknat tapi yang pasti perbuatan buruk tidak pernah dijanji dengan ganjaran baik kecuali bertaubat.

    Allah mengharap umat Nya jadi perkasa, kuat dan berani. Tapi Allah tidak mengharapkan umatNya berani terhadapNya hingga lupa dosa dan pahala, amal maaruf nahi mungkar.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.