Apa Anehnya ‘Cinta Berahi’ Mahathir, Kit Siang, Anwar?

Seorang penulis veteran menulis baru-baru ini tentang ‘cinta berahi’ antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan penulisannya seperti biasa disiarkan di sebuah portal pro-pembangkang.

Dia mengaku mengenali PAS sejak 1960’an dan mendakwa pemimpin parti itu kini bersifat ortodoks agama dengan menyingkirkan golongan profesional. Dia berpandangan kononnya, sifat berkenaan menjadikan PAS mendambakan wang ringgit untuk keperluan parti.

Penulis itu juga berpendapat, gara-gara mahu memenuhi keperluan dana parti itu membuat PAS ‘mesra’ UMNO dan ‘cinta berahi’ antara Najib dan Abdul Hadi bersemi. Namun dari awal hingga akhir penulisannya penuh dengan politik, politik dan politik. Mungkinkah dia terlalu taksub menulis bermotifkan politik?

Pada pandangan penulis, penulis veteran tersebut perlu belajar berlapang dada dan menyemai syak wasangka baik dalam hatinya. Usahlah mencetus spekulasi mengikut kehendak politik diri sendiri.

Berhubung hubungan politik antara UMNO dan PAS, mahupun Najib dan Abdul Hadi, adalah jelas bahawa kedua pihak bertentangan antara satu sama lain. Contoh jelas, akan berlaku pertembungan BN lawan PAS pada pilihan raya nanti, insha Allah.

PAS tidak menyertai BN, manakala UMNO pula tidak menyertai Gagasan Sejahtera. Jadi, jelas sekali lagi bahawa tiada kerjasama politik antara kedua parti tersebut sehingga kini dan ia berkemungkinan besar akan kekal begitu hingga PRU ke-14 nanti.

Berhubung hubungan antara kedua pihak yang dikatakan ‘mesra’ dan membawa kepada ‘cinta berahi’ yang dikatakan penulis veteran itu, ia pada pandangan penulis lebih menjurus kepada hubungan ukhuwah sesama umat Islam dan membabitkan perkara yang menyentuh tentang kepentingan Islam serta bangsa Melayu sahaja.

Dalam hal ini, ia tidak membabitkan soal politik. Adalah tidak salah untuk umat Islam mahupun bangsa Melayu untuk bersatu-padu demi kepentingan bersama. Malah, itulah sebenarnya yang dianjurkan Islam yang dibawa Rasulullah SAW.

Berdosa atau luar biasakah di pandangan penulis veteran itu terhadap keadaan itu? Mungkin bagi mereka yang terlalu taksub pada politik, maka ia pelik. Namun bagi mereka yang berpegang kepada agama, bangsa dan negara, ia adalah suatu perkara yang sepatutnya berlaku.

Namun begitu, sekiranya penulis veteran itu mahu mentafsirkan suatu yang luar biasa, penulis menyarankan dia supaya melihat kepada hubungan antara seorang warga emas paling lama berjawatan Perdana Menteri dengan seorang lagi warga emas yang berpuluh tahun dikutuk, dihentam dan dikejinya.

Setelah berpuluh-puluh tahun melabel DAP dengan pelbagai dakwaan ‘maha’-negatif, warga emas itu sanggup menjilat kembali kahak hijau yang diludahnya selama tempoh tersebut. Tidakkah dia punya maruah diri? Tidakkah ia suatu yang sangat memalukan? Luar biasa, bukan?

Contoh luar biasa lagi, setelah warga emas itu dengan yakin memberi tahu dunia bahawa seorang banduan warga emas itu tidak bermoral, melakukan seks luar tabii, berzina dan melakukan jenayah, tiba-tiba dia sanggup berkompromi dengan manusia seperti itu dan menjadikannya sebagai rakan sekutu seperjuangan?

Ia satu keadaan yang ‘ajaib’, namun sekali lagi tetap memalukan dirinya yang sudah emas usianya. Penulis akui warga emas itu banyak berjasa, namun itu dirinya yang dahulu. Dirinya yang sekarang adalah sangat memalukan hingga bagai tiada maruah diri.

Puncanya kerana politik, bukan? Dia boleh memilih untuk bergerak solo, namun kerana politik, dia sanggup bergelumang dengan segala ‘najis mughallazah’ yang dia sendiri dulu jijik dan hina semahu-mahunya. Dia ‘kepala’ yang menghina mereka, bukan?

Jika dia mendekati DAP dan berjaya mengIslamkan majoriti pimpinan parti itu, bolehlah juga diterima alasan. Tapi nampaknya ia berlaku sebaliknya. Apa yang penulis lihat, warga emas itu pula bagai ‘keldai tua’ yang menjadi ‘tunggangan’ DAP.

Sebetulnya, penulis sangat kasihan kepada warga emas tersebut, termasuk penulis veteran berkenaan yang terpaksa bertungkus lumus memerah otak menjustifikasikan ‘langkah sumbang’ seorang negarawan yang berjaya menuju ke lembah ‘najis’ di penghujung usianya.

Sebagai saudara seagama dan lebih berusia dari penulis, mereka tetap penulis hormati dan sayang. Maka kerana itulah penulis doakan agar Allah membuka hati mereka dan memberi hidayah kepada mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Belajarlah berwasatiah dalam semua perkara sebagaimana konsep yang diperkenalkan Najib. Bersaralah dari dunia politik dan dekatilah jalan-jalan akhirat. Jangan diikut lagi Clare Rewcastle Brown, diberi tempoh berbulan-bulan pun gagal kemuka bukti. Memalukan!

2 thoughts on “Apa Anehnya ‘Cinta Berahi’ Mahathir, Kit Siang, Anwar?

  • September 7, 2017 at 7:50 AM
    Permalink

    Kelebihan yang ada pada puak ini ialah mereka berjaya dibebalkan olih pemimpin mereka. Setelah jadi bebal, mereka pun kebal. Bila kebal mereka akan tolak segala yang lain . Mereka cuma terima satu saja. Mereka akan lihat semua yang lain hodoh, buruk, hapak dan haprak.

    Mereka lihat diri mereka cantik, lawa, wangi dan enak. Ketahui lah olih mu bahawa kamu tergolong dalam orang yang sesat lagi menyesatkan.

    Reply
  • September 7, 2017 at 3:59 PM
    Permalink

    tiada yang aneh cuma menjijikkan hubungan 3 musibat anak haram ini

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.