Dijemput Ke Amerika, Propaganda Najib Kononnya Penjenayah, Musnah!!

DATUK Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang dikasihi rakyat seperti dilihat semasa upacara perasmian gilang gemilang Sukan Sea 2017 yang lepas, akan memenuhi jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan melawat Rumah Putih pada 12 September yang akan datang.

Secara tidak langsung, ini adalah pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Najib sebagai antara pemimpin yang dhormati.  Sebelum inipun, 2 kali Presiden Obama datang melawat negara ini tidak termasuk ketika Obama menjemput Najib untuk bermain golf bersama beliau di Hawai.

Apa lagi boleh dikatakan?  Orang hebat seperti Najib, ramailah orang besar-besar yang nak berjumpanya, tak begitu?

Tapi yang lebih penting, jemputan ini memusnahkan terus propaganda Top Dog Pakatan, Mahathir bahawa Najib kononnya telah menggelapkan wang negara berbilion ringgit melalui saman DoJ – yang kini telah dibekukan.  Kalau betul seperti dakwaan top dog yang seekor itu, takkan pemimpin negara kuasa dunia seperti Trump nak berjumpa dengan Najib?

Mahathir yang suci murni kononnya itu pun, terpaksa membayar berjuta ringgit melalui sebuah firma pelobi yahudi untuk berjumpa dengan George W Bush.

Sejak jadi Perdana Menteri melalui UMNO/BN hasil menipu rakyat dengan menghilangkan susur galur keturunan Kutty pada namanya (seperti di dakwa ramai pihak) tahun 1981 dulu, ini adalah pertama kali Mahathir berjumpa Presiden Amerika – itupun terpaksa membayar dengan menggunakan wang rakyat.

Kalau tanpa bayaran tersebut, tidak ada Presiden Amerika yang cukup gila untuk berjumpa dengan Mahathir.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Dijemput Ke Amerika, Propaganda Najib Kononnya Penjenayah, Musnah!!

  • August 24, 2017 at 2:20 PM
    Permalink

    Meroyanlah lagi madey.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.