Proton 2.0: Mahathir Tolong Jangan Buat Apa-Apa Syarikat Lagi Dah, Semua Yg Sebelum Ni Melingkup, Rugi

Share

ORANG mungkin  tak perasan tapi penulis nak ingatkan bahawa pada zaman si Mahathir menjadi Perdana Menteri, hampir semua syarikat-syarikat besar di negara ini, melingkup.  Tengok syarikat-syarikat di bawah dasar penswastaan saja dah cukup. Elok-elok duduk bawah kerajaan, Mahathir bubuh bawah orang perseorangan, penyudahnya rugi dan semuanya terpaksa diselamatkan dan menjadi syarikat berkaitan kerajaan semula.

Tak ke sia-sia punya kerja tu?  Yang untung billion-billion hasil pengambil alihan semula ini, kroninya juga.

MAS, Telekom, Pos, Renong, Perwaja, Proton, LRT, KTM, Sukom98, bank-bank eh, hampir semualah.  Ada sesetengah tu melingkup terus nama pun tak tinggal. Yang kekal macam Proton, MAS dan sebagainya adalah sebab dapat bantuan kewangan kerajaan berterusan.  Kalau tak sebab itu, semua syarikat tersebut pun dah melayang.

Dengan semua itu pun Mahathir ada hajat nak buat sebuah Proton lagi?  Sudahlah tu, nak tubuh sebuah lagi Proton ini dengan membatalkan projek ECRL pulak.  Padahal apa manfaat sampai 4 buah syarikat pengeluar kereta (selepas Proton, Perodua, Naza) dalam sebuah negara sekecil Malaysia selain menambah jumlah kenderaan atas jalan seterus menjadi punca kesesakan?

Sedangkan ECRL bukan sahaja memudahkan perjalanan rakyat di pantai timur setiap kali musim cuti dan perayaan, malah membantu dari segi pengangkutan barang-barang eksport import sepanjang laluannya yang lebih memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

Nampak sangat penubuhan Proton ini dulu hanya sebab nafsu yang kemudian ‘dinasionalkan’ supaya jangan bagi orang cakap banyak.  Faedahnya bukan ada apa selain memakan duit rakyat dari masa ke semasa.  Kereta tak murah mana, kualiti jangan cakaplah.  Kalau elok, anak-anak Mahathir semua guna Proton dah atau ambik alih syarikat tersebut bila ia sentiasa mengalami kerugian.

Tapi kalau nak buat Proton 2.0 ni guna duit sendiri atau anak-anak jutawannya, itu lantaklah.  Tapi kalau nak guna model sama macam Proton sekarang, lupakanlah saja.  Jangan kata rakyat, Pakatan pun tentu tak setuju.

2 thoughts on “Proton 2.0: Mahathir Tolong Jangan Buat Apa-Apa Syarikat Lagi Dah, Semua Yg Sebelum Ni Melingkup, Rugi

  • August 29, 2017 at 14:18
    Permalink

    kereta terbaru nasional bernama PROTUN, model pertama PROTUN MPV Convertible = Van Jenazah

    Reply
  • August 31, 2017 at 21:25
    Permalink

    Dia ingt sebab dap dah peluk cium dia, org cina akan ramai2 jual kete jepun, korea, jerman dan saport beli kete protun 2.0. Hahahaha dia patut suruh pemakan dedak dia, rba, tmi, malaysiakini tulis artikel yg puji2 projek kete nasional. Yg terangkan betapa bernas, hebat dan berdaya majunya idea beliau ni

    Reply

Leave a Reply