“Rafizi, Kalau Sabun Jatuh Jangan Kutip”

Share

Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi Rafizi. Itulah antara pantun lama yang di”hipster”kan sesuai dengan keadaan politik semasa. Tiada angin, masakan pokok bergoyang, begitulah asal muasal bagaimana pantun tersebut diubahsuai.

Rafizi seharusnya sudah layak untuk masuk ke Malaysia Book Of Record, mengambil kira konsistensi pembohongan yang dilakukan. Terbukti sahih, rupanya pembohongan seolah-olah sudah sebati dengan dirinya. Mengapa sebegitu rupa?

Pada firasat penulis, apa yang sedang Rafizi lakukan ialah manifestasi penerimaan hakikat bahawa dirinya bakal dipenjara, gara-gara kesalahannya sendiri. Alang-alang akan dipenjara, maka tidak hairanlah pembohongannya semakin membabi-buta. Bagi Rafizi, “nothing to lose”, kerana pengakhirannya di jeriji besi juga. Sementara berkesempatan, berbohonglah sebohong-bohongnya.

Terbaru, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beruntung juga Rafizi, kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan membuahkan hasil lumayan apabila menerima kira-kira RM1.5 juta. Apabila dipenjara kelak, makan, minum dan tidur percuma, dan lebih enak pula, keluar dari penjara sudah ada sumber kewangan yang mantap hasil sumbangan puak-puak pro-fitnah. Apa hendak jadi dengan masyarakat Malaysia, apabila sejumlah wang didermakan kepada pembohong bernama Rafizi untuk membenarkan dirinya terus berbohong.

Andaikan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang sama nanti, maka ingin penulis meminjam kata-kata Alfonso “Jijoe” Pariera yang ditujukan kepada Cik Man dalam filem Rock Ooo.

“Rafizi, kalau sabun jatuh, jangan kutip”.

Rafizi masuk penjara, harga lilin mungkin akan melonjak…

One thought on ““Rafizi, Kalau Sabun Jatuh Jangan Kutip”

  • August 26, 2017 at 12:30 pm
    Permalink

    Kalau tabiat sudah terbiasa berbohong, hal yang tidak perlu dibohongkan pun dibohongkan juga. Barangkali manusia bernama Rafizi ini hidup seharian nya dikelilingi oleh orang yang sewaktu dengan dia saja. Maka dia tak nampak yang lain lagi kecuali berbohong.

    Sementelah pulak pembohongan yang dia lakukan teryata mendatangkan hasil pada dirinya dalam satu dua cara, Maka atas sebab itu Rafizi tidak nampak dalil kenapa dia mesti brhenti berbohong.

    Teruskan berbohong kerana anda ternyata ketiadaan apa2 yang benar untuk diluahkan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *