Karadzic, Hitler Pun Banyak Bukti Bela Diri Tidak Bersalah Juga…

Sebaran :

Sekiranya pemimpin Serb, Radovan Karadzic bangkit dari kuburnya dan ditemubual pemberita, penulis yakin bahawa ‘kepala penyangak’ itu akan bermati-matian membela diri dan menegaskan dia punya banyak bukti untuk menafikan dirinya bersalah dalam tragedi Bosnia.

Begitu juga dengan Hitler, mendiang pemimpin Nazi itu juga berkemungkinan besar akan membuat sidang akhbar tergempar menuduh Amerika Syarikat adalah paksi jahat manakala rejim yang diketuainya mampu mengemukakan ribuan bukti kejahatan negara ‘Uncle Sam’ itu.

Itu adalah reaksi normal bagi mereka yang pernah memimpin negara dan terpalit dengan kontroversi dan corak pentadbiran ‘diktator’, ‘kuku besi’ serta dikatakan telah berlaku ‘zalim’ ketika memerintah.

Mungkin kerana reaksi biasa itu, penulis langsung tidak terkejut dengan respon seorang ‘warga emas’ di negara ini yang mendakwa kononnya dia mempunyai banyak bukti berhubung tragedi berdarah yang menggemparkan negara di utara tanahair lebih 30 tahun lalu.

Sudah tentu dia akan membela diri dan mendakwa langsung tidak bersalah mengenai peristiwa hitam tersebut. Jika boleh, dia mahu ‘lepas tangan’, menjauhkan diri dari tanggungjawab mengepalai sebuah rejim ‘kuku besi’ ketika itu.

Bekas Timbalannya pada 2014 mendakwa dirinya bagai di’kambing hitam’kan dan terpaksa bertanggungjawab berhubung insiden yang membangkitkan kemarahan rakyat ketika itu. Bukan saja orang PAS yang marah, malah ramai juga orang UMNO yang kecewa.

Memali bukan suatu yang asing di kalangan rakyat. Ia sebenarnya hangat diperkatakan, namun cuma di kedai kopi dan ‘di sebalik tiang’. Tiada siapa yang berani mempersoal mengenainya ketika warga emas itu memerintah, bimbang disumbat ke ISA.

Sudah tentu ketika menjadi Perdana Menteri, dia akan bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan menuding jari terhadapnya. Di atas ‘kertas’, mungkin dia boleh mendakwa dirinya berada di luar negara dan jawatannya dipangku Timbalan.

Namun selepas dia tidak lagi memerintah, bekas Timbalannya membuka cerita sebenar. Rupanya dia tidak berada di luar negara dan sedang berada di ibu negara ketika kejadian itu berlaku? Benarkah dakwaan tersebut?

Jika benar fakta dari Timbalannya itu, mengapa dia tidak bertindak sebagai Perdana Menteri dan mengambil tanggungjawab tentang kekecohan yang rumit ketika itu? Mengapa ‘sembunyikan’ diri dan berselindung di sebalik pemangku? Bukankah ‘nothing to hide’?

Di mana rasa kebertanggungjawaban sebagai seorang ‘arkitek’ yang berpemikiran hebat dan bertaraf antara planet cakrawala? Enggan berfikir tentang masalah negara dan melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain?

Penulis difahamkan bahawa dia bermati-matian memberi alasan kematian 4 anggota polis ketika peristiwa itu berlaku. Dia menjustifikasikan kematian berbelas mangsa Memali dengan kematian anggota keselamatan tersebut.

Terdapat pelbagai cerita mengenai apa yang berlaku. Boleh disemak di laman Youtube dan terdapat saksi peristiwa yang memberi kenyataan balas. Malah, banyak versi yang menceritakan insiden itu dan menyimpulkan ia tidak sepatutnya berakhir dengan kematian seramai itu.

Khabarnya, mangsa Memali ditembak bertalu-talu dan ratusan peluru M-16 anggota keselamatan menghujani mereka. Ada yang kononnya ditembak, tapi bangun semula dengan parang sebelum ditembak berkali-kali sehingga maut.

Malah, ada yang mendakwa berbelas peluru M-16 menembusi tubuh, namun dengan kuasa Allah, ajal mereka belum tiba. Dikatakan mangsa telah dirawat dan ditahan di bawah ISA kemudiannya sebelum dibebaskan beberapa tahun selepas dikurung di Kamunting.

Pada pandangan penulis, senjata paling hebat sekali pun jika dimiliki orang kampung ketika itu mungkin senapang patah. Yang popular adalah parang, cangkul dan seumpamanya. Mereka tidak miliki M-16, jauh sekali mempunyai kereta perisai.

Jika benarpun mengganas, mengapa perlu ditembak hingga membunuh? Mengapa tidak boleh dikepung dengan rapi berhari-hari sehingga menyerah atau jika ditembak sekali pun, tidak bolehkah ditembak untuk sekadar menjatuhkan dan bukan membunuh?

Jika musuh itu pengganas dari negara luar yang menceroboh, mungkin layak dilayan seperti di Lahad Datu. Namun berdepan dengan rakyat sendiri yang bersenjatakan parang pun hingga perlu ditabur berbelas peluru ke tubuh mereka?

Namun dakwaan itu tidak perlu diterima bulat-bulat. Maka kerana itulah rasional ditubuhkan RCI untuk menyiasat dengan bebas setelah negara keluar dari cengkaman ‘kuku besi’ yang mengamalkan corak pentadbiran ‘everything to hide’ di zaman tersebut.

Ramai yang mahu tahu kebenaran kerana sudah tentu laporan hitam putihnya memungkinkan cenderung menyebelahi ‘kuku besi’. Bila ‘kuku besi’ sudah tidak lagi memerintah, maka barulah boeh disiasat sebebas-bebasnya.

Pada penulis, tiada siapa pun yang layak dipersalahkan buat masa ini kerana terdapat banyak versi yang tersebar mengenainya. Semuanya kabur. Jadi, jika dia tidak bersalah, mengapa perlu takut untuk menghadapi RCI di zaman ini?

Lainlah jika dia mahu terus sembunyikan tentang apa yang berlaku dan memomokkan dengan ‘banyak bukti’ yang entah sahih, entah tidak. Jika bukti yang direka-reka di atas kertas putih, apakah ia layak dianggap bukti?

Dia mungkin fikir dia seorang saja punya bukti. Tapi bagaimana dengan bukti-bukti yang lain yang terbit dari mulut mangsa tragedi berkenaan? Tidak lakukah bukti-bukti mangsa dan hanya bukti dari dia saja yang layak diterima? Jika mahu selamatkan diri pun, agak-agaklah…


Sebaran :

Leave a Reply