Memali: Yang Dipersoalkan Cara Mahathir Menguruskan Tragedi Itu, Bukan Bagaimana Ianya Berlaku

Sebaran :

SEJAK ia menjadi kecoh bila Mahathir gagal menjawab dalam program Nothing To Hide 2.0, isu tragedi Memali 1985 ini kembali menari perhatian ramai.  Tapi nampaknya ada usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat dari apa sebenar yang dibangkitkan si penanya soalan dalam program tersebut.

Orang bertanya tentang serbuan itu yang membawa kepada 14 orang mati – paling penting siapa arahkan serangan itu.  Ini pun Mahathir tak boleh jawab?  Tahun 2014, Mahathir menyalahkan semuanya kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam, tapi Tun Musa telah menafikan semua yang Mahathir cakap dalam bukunya Frankly Speaking – sejak itu tidak ada follow up dari Mahathir siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mengarahkan serangan tersebut.

Tentang persoalan Amanat Haji Hadi, latar belakang Ibrahim Libya dan semuanya tu, kertas putih parlimen tahun 1992 jawab dah.  Yang orang nak tahu dan yang kertas putih tidak jawab ialah siapa mengarahkan dan sebagainya seperti disebutkan di atas – pendek kata management of the case lah, cakap orang putih pulak baru nak faham ke?

Sebab itu peluang dalam Nothing To Hide 2 digunakan untuk mendapat penjelasan Mahathir, yang nak marah sangat kenapa?  Buat program boleh tanya semua (soalan) tapi ada soalan tak boleh jawab, nak marah pulak?  Baik tak payah buat program.

Kena ingat ni, tragedi berdarah seperti Memali, bukan satu-satunya yang berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir tapi ada banyak – ramai orang tak tahu tu.  Ambik contoh al-Maunah, kenapa Mahathir boleh arah tentera kepung Bukit Jenalik tapi dalam kes Memali tidak boleh buat perkara yang sama?  Kepung 2 minggu, takde makan takde minum, mereka (orang kampung) akan keluar dengan sendirinya sebab lapar.

Betullah Mahathir bukan Menteri Dalam Negeri , tapi dia ada dalam negara pada waktu kejadian itu berlaku.  Kalau keputusan Menteri Dalam Negeri ketika itu tidak betul, Mahathir patut campur tangan, bukan biarkan, sebab dia adalah Perdana Menteri, bukan tunggul kayu – tak tahulah kalaiu memang betul tunggul kayu!!  Ini libat nyawa orang, bukan seorang tapi 14 orang.

Agaknya bila nak jawab ni?  Nothing To Hide 3 ke?

 

 


Sebaran :

Leave a Reply