Kilang Haram: LGE Dakwa Ada Kuasa (Tutup) Tapi Kenapa Biarkan? Ini Soal Nyawa Rakyat!!

Share

SEBELUM ini dihebohkan kerajaan negeri Pulau Pinang menangguh untuk menutup semua kilang haram di negeri tersebut sehingga satu penyelesaian dapat dicari.  Dekat 10 tahun memerintah, apa penyelesaian pun tak dapat lagi ke?  Adakah sebab DAP lembap, bebal, bodoh – nilai sendirilah macam mana.

Kemudian keluar dakwaan kerajaan Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk menutup kilang-kilang haram di negeri tersebut maka itu ia dibiarkan terus beroperasi. Guan Eng bagaimana pun menafikan kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk berbuat demikian (tutup kilang haram).  Guan Eng buat kenyataan ini semasa mengugut untuk menyaman Utusan yang menyiarkan dakwaan tersebut.

Tapi kenyataan ini – yang asalnya nak tunjuk berani, sebenarnya memakan diri!!  Dalam kes kilang haram di Sg Lembu, Penanti yang menyebabkan ramai penduduk sekitar terkena kanser, kenapa DAP tak tutup kalau betul kerajaan negeri ada kuasa?  Jalan penyelesaian tak jumpa-jumpa, ADUN PKR kawasan berkenaan dah bangkit isu tu sejak 2015 (bukan baru), tutup sajalah, apa masalah?


Kena ingat ni, pada masa sekarang 11 dari 500 penduduk terkena kanser, tapi sebelum ini dah 7 orang meninggal kerana penyakit yang sama.  Nak tunggu berapa ramai lagi mati baru kerajaan DAP Pulau Pinang nak ambik tindakan?  Kena SPRM – agensi cegah rasuah pulak yang menutupkannya sedangkan ada kerajaan DAP Pulau Pinang yang lebih layak untuk mengambil tindakan sebegitu.

Macam mana memerintah ni pun tak tahulah,  Siang malam gebang pasal duit, prihatin pasal kesusahan ekonomi rakyat kononnya tapi risiko kesihatan pada rakyat yang lebih bahaya macam ni, dibiarkan saja pulak.  Betullah Guan Eng minta maaf, tapi bolehkah permohonan maaf itu menghilang penderitaan rakyat kawasan berkenaan yang menderita kanser atau mengembalikan mereka yang dah takde?

Itu satu hal, satu hal lagi, bagaimana DAP Pulau Pinang boleh nampak bahaya kanser (termasuk jadi mutan) di Kuantan (Lynas) tapi yang bawah hidung mereka sendiri boleh tak boleh nampak?


Leave a Reply