Rafizi Cuba “Pancing” Tarikh PRU14

SEMUA orang tahu bahawa hak membubarkan Dewan Rakyat untuk membuka jalan supaya pilihan raya umum ke-14(PRU14) diadakan adalah milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Perkara tersebut mengundang keresahan yang amat sangat dikalangan pembangkang yang diketuai DAP.

Oleh itu, pembangkang menghantar orang-orang mereka merisik tarikh PRU14 bagi membuat persediaan dari segi perang saraf, dakyah, fitnah dan lain-lain lagi. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat cuba memancing Datuk Seri Najib agar mendedahkan tarikh PRU14 itu dengan mengeluarkan kenyataan yang PM tidak akan membubarkan Dewan Rakyat tahun ini untuk memberi laluan kepada PRU14.

Dalam keterujaan tersebut, Rafizi secara tidak langsung mengakui bahawa isu-isu ekonomi negara akan dapat diselesaikan dengan lebih baik oleh kerajaan Barisan Nasional ketika bercakap kepada pemberita di ibu pejabat Invoke di Kuala Lumpur.

Kita tahu bahawa Rafizi bukan lah individu yang boleh dipercayai berdasarkan kepada “track record” beliau yang ditangkap beberapa kali menipu dan berbohong sehingga beliau terpaksa memohon maaf serta berdepan dengan beberapa kes mahkamah.

Rafizi mendakwa kononnya berdasarkan hasil sebuah tinjauan mengenai sentimen pemilih mengenai ekonomi, kos hidup dan inflasi, 59 peratus daripada 3,783 responden berpendapat bahawa hala tuju ekonomi berada di landasan yang salah. Kononnya, 65 peratus responden percaya keadaan kewangan keluarga mereka kini semakin buruk berbanding empat tahun lalu.

Mungkin Rafizi tidak sedar bahawa taraf hidup rakyat Malaysia jauh lebih baik daripada dahulu. Kebanyakan keluarga mempunyai lebih daripada satu kereta. Malah pergaduhan yang berlaku disekitar kawasan perumahan kini berkisar mengenai perebutan tempat kereta memandangkan sebuah rumah mempunyai banyak kereta sedangkan tempat letak kereta agak terhad.

Pusat membeli belah pula sentiasa sesak walaupun pada waktu pertengahan bulan. Ini menunjukan bahawa kuasa membeli rakyat Malaysia makin bertambah.

Oleh itu dakwaan Rafizi bahawa orang ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Najib menguruskan ekonomi merupakan satu penipuan semata-mata. Dibawah pentadbiran Najib Razak ekonomi negara berkembang dengan cukup pesat. Rakyat dapat menikmati kemakmuran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *