Penipuan Zaman Jepun, Mana Laku Zaman Sekarang

DUNIA berubah zaman berubah tapi puak-puak berkaitan Mahathir masih beramal dengan penipuan zaman Jepun.  Contohnya pelbagai cerita dongeng lanjutan dari kekecohan yang berlaku semasa program Nothing To Hide 2 Ahad lepas.  Kononnya ada cubaan nak mencederakan Mahathir, Mahathir sasaran serangan dan sebagainya.

Hakikat bahawa dalam dunia yang semakin maju dan moden, kamera semua dalam poket, tapi puak-puak berkaitan Mahathir ini masih lagi mengamalkan penipuan cara lama untuk memperdayakan rakyat yang tidak berada di tempat kejadian semasa kekecohan itu tercetus.

Mana datang logiknya Mahathir nak diserang bila si tua itu berada jauh dari pusat berlakunya kekecohan?

Tak sebut lagi bagaimana cepat pasukan pengawal keselamatannya memperisaikan diri untuk melindungi Mahathir dari sebarang bahaya.  Kalau pun ada objek yang dilemparkan dari bawah, mereka ini dah kena dulu tapi rakyat melihat sendiri bagaimana tidak ada apa yang dibaling, menuju ke arah Mahathir, apatah lagi sampai kepadanya.

Bila semakin banyak rakaman video yang menunjukkan ia adalah budak-budak muda Mahathir sendiri yang mencetuskan kekecohan tersebut untuk menghalang orang mereka sendiri dari bertanyakan soalan yang tak mampu Mahathir jawab dengan memuaskan hati, tiba-tiba puak-puak yang menuduh UMNO terlibat, Mahathir cuba dicederakan ni, semakin hilang dari pandangan.

Apatah lagi bila pihak polis mengesahkan tindakan akan dikenakan terhadap penganjur program tersebut kerana gagal mengawal keselamatan yang menjadi tanggungjawab mereka.  Logik polis ada kerana jelas dalam insiden tersebut keselamatan beratus rakyat biasa yang hadir dalam program tersebut tidak dipedulikan, Mahathir yang jauh dari pusat kekecohan pulak yang diutamakan dulu

Padahal, Mahathir ada pasukan keselamtannya sendiri disediakan kerajaan, yang lain tu sibuk kenapa pulak?

Justeru jelas, ini semua adalah taktik budak-budak muda Mahathir untuk meraih simpati rakyat.  Silap-silap, puak ini lebih suka kalau Mahathir tercedera pada hari itu, dapatlah kejadian ini dijadikan modal besar untuk mengutuk kerajaan.  Taktik jahat mereka bagaimanapun tidak berhasil kerana perancangan Allah swt lebih besar lagi.

Rakyat patut menjadikan insiden ini sebagai tauladan untuk menjauhi parti Bersatu yang Mahathir pimpin.  Memang benarlah Mahathir amal politik matlamat menghalalkan cara walaupun tentang keselamatannya sendiri.  Apa jenis manusia yang tawar diri semula untuk jadi Perdana Menteri ni, kita pun tak tahulah.

Leave a Reply