Pakatan Harapan hanya mahu jadikan Pas kuda tunggangan mereka · MYKMU.NET

Pakatan Harapan hanya mahu jadikan Pas kuda tunggangan mereka

Share

Perbincangan kerjasama pilihan raya yang dilakukan Pakatan Harapan diketuai DAP dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini hanya bertujuan menyelamatkan kerusi parti tertentu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali (gambar) berkata, hakikatnya perbinca­ngan itu sekadar mahu menjadikan Pas sebagai kuda tunggangan sekali lagi seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

“Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), hakikatnya adalah untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu.

“Strategi itu mengakibatkan jentera pilihan raya Pas sekali lagi kuda tunggangan seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di HarakahDaily hari ini.

Beliau mengulas gambar kunjungan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Dr. Shaharuddin Badaruddin ke atas Abdul Hadi, baru-baru ini.

Pertemuan itu menimbulkan keresahan beberapa parti sekutu dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana ia dilakukan selepas Mohamed Azmin dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya pembangkang.

Jelas Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, selepas berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya, sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi habis-habisan.

Utusan

Leave a Reply