Drama Phee Cuti Sakit, Adengan Tambahan Ganggu Siasatan SPRM

DAP kini dilihat berdrama pula dalam isu kilang haram Pulau Pinang. Bukan kali pertama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap individu yang disyaki dalam kes rasuah dan mereman mereka dalam usaha agensi tersebut untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh.

Namun DAP bertindak melampaui batas mencabar kuasa SPRM dengan menganggu perjalanan siasatan ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh apabila mereka mendapatkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengisytiharkan perintah reman 5 hari itu tidak sah.

“Drama” ADUN DAP tersebut bercuti sakit sehingga isnin depan dilaungkan oleh Setiausaha Agung DAP yang dikatakan menipu dalam pemilihan CEC DAP beberapa tahun yang lalu. Parti tersebut secara teknikalnya dilihat melanggar perlembagaan RoS yang boleh diistiharkan sebagai tidak sah sekiranya mereka enggan mengadakan semula pemilihan CEC tersebut.

Menurut Lim Guan Eng, Majlis eksekutif negeri percaya Phee tidak terlibat dalam rasuah atau menerima suapan dalam kes ini atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik kilang itu. Jika benar seperti dakwaan beliau mengapa DAP terlalu gemuruh apabila SPRM menjalankan siasatan? Tindakan Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang mengeluarkan Phee dari reman SPRM seolah-olah ada rahsia besar yang ingin mereka sembunyikan.

Phee disiasat kerana menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk menerima rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Turut direman ialah 2 beranak iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan pemilik kilang berkenaan serta anaknya berusia 37 tahun. Reman mereka turut dibatalkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Jika sabit kesalahan, Phee berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. Dalam serbuan bersama SPRM pada Rabu lalu, Jabatan Alam Sekitar mendapati kilang memproses habuk kayu yang dipercayai beroperasi secara haram sejak 15 tahun lalu, tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara. Kewujudan kilang haram itu dikatakan turut memberi kesan buruk dengan menjejaskan kesihatan penduduk setempat sehingga ada yang menghidap penyakit kanser.

Jika amati gerak langkah DAP kini menjurus kepada menggunakan undang-undang untuk mencabar perundangan negara. Kita juga tahu bahawa DAP juga sedang berusaha menggunakan undang-undang untuk mencabar Perlembagaan Negara. Oleh itu, pakar undang-undang kerajaan Barisan Nasional diseru agar meneliti perkara ini dengan lebih komprehensif bagi mematahkan segala tindak tanduk jahat pembangkang yang diketuai DAP ini.

Lee Kuan Yew menggunakan isu teknikal untuk mencuri Singapura dari negara kita. Jangan kita leka dan membiarkan DAP melakukan perkara yang sama terhadap Pulau Pinang dan Selangor. Jangan sampai tanah yang kita pijak milik orang lain pula.

2 thoughts on “Drama Phee Cuti Sakit, Adengan Tambahan Ganggu Siasatan SPRM

  • August 16, 2017 at 5:42 pm
    Permalink

    Inilah perangai buruk Pakatan Harapan dan sekutunya. Mereka benar-benar tertekan apabila SPRM berani bertindak ke atas pemimpin-pemimpin mereka yang selama ini digambarkan sebagai kelompok paling bersih di negara ini.

    Justeru mereka menutup mata, memekakkan telinga dan membekukan minda untuk menilai tindakan SPRM secara keseluruhan. Hanya disebabkan pemimpin mereka ditangkap, maka SPRM dituduh tidak adil. Kalau begitu bagaimana dengan penangkapan seorang bekas Pegawai Khas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Mohd. Yusof Abu Hassan dan bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Johor, Datuk Latiff Badi? Begitulah juga siasatan ke atas Felda.

    Reply
  • August 16, 2017 at 10:47 pm
    Permalink

    Hairan bin Ajaib ..!! Mana yg dulu2 pya kaki komen, kaki balun dan kaki ampu dan lain nya. Dah tak singgah lagi ke..?? Dah maleh nak campur dan dah mauk sebab pasai DAP tak habeh2 kot

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *