Bersama kita berdoa semoga Tun selamat sampai kedestinasi yang diredhai Allah.

Share

oleh Kang Nasir

Bersama kita kembali kepada islam. Iaitu dengan menjadikan islam itu sebagai amalan. Kerana sekarang ini usahkan kita sedangkan #PakLebai politik dan #PakWahab walau lidah petah menyebut Kalimah Allah pun islam Cuma dipakaian dan lidah. Bukan didalam hati. Nak tahu puncanya?

Dalam #TASAWUF. Bermegah dengan kebanggaan duniawi itu selain amalan keji yang merosakan hati ianya juga punca segala fitnah dan kemungkaran bermula. Bukan satu dua ayat peringatan Allah dalam Al Quran. Contohnya dari surah yang ramai kalangan kita baca pada setiap minggu iaitu dari surah Ya Sin.
“Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).”
(Ya Sin : ayat 9)

Kembali kepada islam yang saya maksudkan itu menjadikan islam sebagai amalan dan menjauhi perkara-perkara keji yang dilarang. Kerana NAFSU punca kita cenderung melakukan kemungkaran dan ingkar larangan Allah. Lagipun, NAFSU YANG CENDERUNG MENURUTI HAWA NAFSU BOLEH MENYEBABKAN SYIRIK sepertimana peringatan Allah dalam Quran yang ramai ulama politik abaikan apatah lagi kita?

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(Al-Jatsiyah : ayat 23)

Kekecohan dalam program #Nothing2Hide anjuran Armada satu contoh bagaimana pengaruh nafsu menguasai minda sehingga bertindak diluar batas logik akal. Apatah lagi kecenderungan nafsu itu mendorong anda cenderung mengharap pada imbuhan dan habuan dunia dari manusia bukan anugerah limpahan rahmat dari Allah.

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah”
(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Jom sama-sama kita berdoa kepada Allah swt semoga ayahda Tun ditunjukan jalan yang selamat diakhir hayat. Dan semoga Allah tetapkan hati kita agar teguh pendirian dan sentiasa mendapat petunjuk Nya.

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 8).
Aamiin.

Leave a Reply