Antara ciri orang yang beriman meninggalkan perdebatan #N2H2.

oleh Kang Nasir

Jika PM Najib tidak hadir itu bukan bermakna beliau kecut. Itulah langkah yang bijak dan yang terbaik. Kerana debat sekadar tunjuk hebat tetapi tiada manfaat malah tiada jalan penyelesaiann selain menambah kearah persengketaan amarah dendam. Bahkan dilarang dalam islam.

Rasullullah s.a.w bersabda,
“Tinggalkanlah berbantah-bantahan, kerana sedikit kebaikkannya. Tinggalkanlah berbantah-bantahan itu, sebab amat sedikit manfaatnya. Berbantah-bantahan itu hanya menimbulkan perseteruan antara sesama saudara”
(Hadis Riwayat : Thabrani)

Lagipun. Orang yang bijak itu bukan dengan berdebat konon mahu tunjuk diri tu hebat. Orang yang bijak itu berfikir pada perkara yang memberi manfaat pada diri dan pada seluruh umat. Itulah pemimpin yang kita perlu junjung.

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)

Inilah titik persamaan ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

One thought on “Antara ciri orang yang beriman meninggalkan perdebatan #N2H2.

  • August 17, 2017 at 08:15
    Permalink

    Dlm juak2 serta pemimpin pembangkang kalut kesana-kemari, buat itu dan ini, DSN & para pemimpin tetap terus istiqomah melaksanakan janji.. Sebaik-baik manusia, adalah mereka yang dapat memberikan manafaat kpd manusia yang lain…Respect DSN dan BN…

    Reply

Leave a Reply