Ku Nan Kepada BN Selangor: Jika 2008 Salah Khir Toyo, 2013 Salah Siapa?

Share

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Barisan Nasional (BN) Selangor mengenal pasti kelemahan sebenar parti selepas gagal merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata

Beliau berkata ramai yang mengatakan punca kekalahan Barisan Nasional dalam PRU ke 12 (s008) adalah akibat kemarahan rakyat terhadap bekas menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu seperti pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.

“Tapi, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi menteri besar selepas itu, kenapa kita masih kalah pada PRU13? Saya minta kepada mereka (BN) cari punca kenapa ini berlaku, mesti ada sebab.

“Petaling Jaya Utara ini pun dahulu (Petaling Jaya), BN pegang empat penggal, dan BN kalah pada PRU12, jadi perlu cari punca kekalahannya dan buat post-mortem supaya kita dapat menggunakan pendekatan baharu untuk capai kemenangan semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, semalam.

“Petaling Jaya ini dah cantik, dah indah sekarang. Tetapi mereka sedarkah datuk dia, bapa dia yang bertungkus-lumus, kerja keras untuk pastikan keuntungan di masa hadapan. Lepas bangunkan, senang-senang nak bagi kepada pembangkang? Kita punya lah ‘reserve’ berbilion-bilion.”

Mengulas lanjut, Adnan yakin rakyat Selangor akan kembali menyokong Umno dan BN sekiranya akar umbi menjelaskan tentang sejarah dan matlamat yang diperjuangkan demi kepentingan masyarakat seluruhnya.
Pada PRU12 dan PRU13 DAP mengalahkan BN menerusi calonnya Tony Pua.

Terdahulu, Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata rakyat perlu menyedari bahawa pembangunan dan kemajuan pesat negari hari ini adalah hasil perancangan jelas kerajaan pimpinan BN.

“Jadi, saya nak merayu kepada semua tidak kira bangsa India, Cina dan Melayu merenung kembali siapa kita yang dahulu dan bagaimana kita dapat capai sekarang ini semua,” katanya.

Pasca kes LGE, di mana nilai kes Khir Toyo?

Siapa Musuh Rakyat – Ku Nan atau Pakatan?

Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP’ – Ku Nan

Leave a Reply