Pelantikan saya berperlembagaan – Md. Raus

Share

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif berkata, pelantikan beliau ke jawatan tersebut bermula semalam adalah berperlembagaan kerana prosedurnya mengikut undang-undang.

Beliau memberi jaminan akan menjalankan tugas yang diamanah kan sepanjang tiga tahun pelantikan tersebut.

Md. Raus memberi reaksi pertamanya ketika mengulas isu pelantikan beliau yang menimbulkan kontroversi sehingga menyebabkan Badan Peguam Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Khamis lalu.

Badan Peguam meluluskan usul bahawa pelantikan beliau dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin adalah tidak berperlembagaan.

Presidennya, George Varghese berkata, badan itu berpendirian untuk mengemukakan tindakan undang-undang bagi mencabar pelantikan tersebut dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE.

Sementara itu mengikut seorang pensyarah undang-undang yang merupakan bekas ahli Dap, mengkritik usul yang dikemukan oleh Badan Peguam tersebut kerana daripada 17752 peguam yang berdaftar hanya 993 ahli yang hadir dan mengundi usul tersebut.

One thought on “Pelantikan saya berperlembagaan – Md. Raus

  • August 6, 2017 at 09:34
    Permalink

    Tindakan Badan Peguam Malaysia adalah bernas dan betul. Sepatutnya Ketua hakim negara ini, Badan Peguam yang patut calonkan berdasarkan ciri-ciri yang memihak kepada badan peguam, kerana tiada lagi keadilan yang dapat dilihat jika perlantikan itu dibayangi oleh kerajaan sekarang.

    Ketua Hakim Negara sepatutnya mempunyai ciri2 universal dan mementingkan kebebasan dari semua segi contohnya neutral atau menyokong kebebasan beragama, menyokong kebebasan dalam hubungan seks homo atau lesbian, menyokong LGBT, tidak menyekat muslim untuk murtad..dan banyak lagi demi memupuk masyarakat masa depan negara kearah lebih maju, berdaya saing dan lebih liberal.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!