Soal Logo Pulak Dihebohkan, Pakatan Tu Daftar Dah Ke Belum?

SELEPAS 3 cadangan logo Pakatan yang menjadi bahan ketawa orang ramai beberapa minggu sudah, Pakatan akan keluar dengan logo yang baru pula minggu depan.  Entah kenapa Pakatan begitu kecoh dengan logo-logonya pun kita tak tahu, seolah kita semua peduli.  3 logo yang jadi isu dulu memanglah, sebab ianya kelakar, bodoh kalau dibiarkan (isu itu) begitu saja.

Bagaimanapun, persoalan yang lebih penting – pendaftaran Pakatan Harapan sebagai satu entiti untuk lawan BN dalam PRU14 nanti, masih tidak ada jawapan,  Setakat hari ini kita tidak mendengar lagi apa-apa perkembangan mengenainya, begitu juga siapa yang bertanggungjawab ke atas perkara tersebut nanti.

Rafizi ke, Saifudin ke, tak tahu.

Apatah lagi dikatakan dalam mesyuarat puak-puak ini malam tadi, pelbagai isu dibincang, termasuk manifesto, pembahagian kerusi dan sebagainya tapi aneh bab yang penting ini (pendaftaran Pakatan sebagai satu entiti) tak pulak dibincangkan, sehingga jadi persoalan, nak lawan ke taknak lawan ni?

Mungkin juga semua kecoh-kecoh pasal logo, pasal calon Perdana Menteri ni, hanyalah alasan untuk menutup kegagalan Pakatan mengadakan kerjasama yang sebenarnya dengan mendaftarkan Pakatan sebagai entiti rasmi?

Payah kalau bertanding atas tiket parti masing-masing tapi mengaku berpakat ni.  Seperti yang berlaku di Selangorlah, sampai nak selesai kemelut politik bila satu pihak diketepikan dari Pakatan tidak rasmi, ia begitu sukar sekali sehingga mengundang campur tangan pihak Istana untuk menyelesaikannya.

Itu baru negeri tu, bayangkan kalau berlaku di peringkat pusat, amacam?  Tak ke naya semua orang sebab orang politik bergaduh berebut jawatan tak habis-habis?  BN jugaklah yang stabilnya.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.