Siapa Berhak Tentukan MB Kelantan? Rakyat Kelantan Atau DAP?

MEMANG agak bodoh soalan siapakah yang berhak menentukan calon Menteri Besar Kelantan namun soalan bodoh ini juga yang mendapat jawapan bodoh dari Pakatan Harapan diketuai DAP.

Ketika lawatan pemimpin DAP, Lim Kit Siang ke Kelantan baru-baru ini, beliau mengesahkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Adakah Lim Kit Siang beranggapan bahawa beliau boleh mencatur negeri Kelantan sebagaimana yang beliau lakukan di Selangor? Mungkin Kit Siang lupa atau tidak sedar bahawa orang Cina yang menetap di Kelantan terpaksa akur kepada budaya Kelantan. Malah mereka bercakap dalam loghat pekat Kelantan, makan makanan Kelantan serta mempunyai nama timangan Kelantan sehinggakan identiti Cina mereka boleh dikatakan tenggelam.

Kelantan kini diperintah oleh kerajaan PAS. Memang dulu PAS bersekongkol dengan DAP namun setelah mereka menyedari bagaimana rakus DAP memijak agama Islam terutama dalam isu RUU355 akhirnya mereka berpatah arang berkerat rotan dengan parti chauvanist tersebut.

Kini Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa DAP bercita-cita untuk meletakkan calon menteri besar Kelantan yang patuh kepada parti itu.

“Politik mereka kini bertunjangkan dendam kesumat. Asal PAS jatuh di Kelantan, maka siapa pun menang tidak mengapa. DAP nak perintah Kelantan tidak boleh, akhirnya mereka atur orang yang boleh dikuasai untuk memimpin Kelantan,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Kit Siang dilihat cuba melancarkan provokasi terhadap PAS di Kelantan memandangkan negeri tersebut merupakan kubu kuat parti itu. Hakikatnya rakyat Kelantan sendiri yang akan membuat keputusan siapa tokoh yang layak menjadi menteri besar mereka.

Husam, yang dipecat dari PAS dan kemudian menyertai AMANAH ditugaskan mengetuai parti baru itu di Kelantan. Senario tersebut amat tepat dengan kenyataan Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai superman DAP yang berkata “Guna Melayu ‘Screw’ Melayu Sendiri”. Kini Husam sedang digunakan oleh DAP untuk merosakan orang-orang Melayu di Kelantan.

Rakyat Kelantan perlu melihat kesengsaraan yang sedang ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang dibawah pemerintahan kerajaan DAP. Mereka kini merempat di tanah sendiri. Sekarang DAP mensasarkan Kelantan pula. Bersedialah dengan lakonan dari DAP.

One thought on “Siapa Berhak Tentukan MB Kelantan? Rakyat Kelantan Atau DAP?

  • July 1, 2017 at 7:54 AM
    Permalink

    Mereka seharusnya sedar tercapainya mimpi mereka ialah dengan adanya PAS bersama mereka ketika itu. Sedangkan kini PAS telah tidak bersama mereka dan dengan keadaan pakatan mereka yang haru biru, hura hara, melapazkan penpacapaian ini akan didengar sebagai impian kosong semata2.

    Angan2 Mat jenin serupa itu bukan disedari oleh sebahaginan jumlah rakyat malah semua rakyat yang mana sedia tahu akan keadaan sebenar. Rakyat tahu apa yang M sedang menghitung sekarang. M bekerja keras sejak 2015 hingga sebahagian bulan diawal 2017 untuk memastikan PM tersingkir lalu terpenjara…. itulah cita2 M. Kini berlaku sebaliknya M bertarong untuk lari dari terpenjara setelah skandal Forex yang didalangnya bakal menghasilkan satu penemuan kes yang dia pasti terperangkap sebagai MO1 didalamnya.

    M masih seagama kerana perbuatan jahatnya itu tidak memurtadkan M, maka kita mendoakan M untuk diberi hidayah, untuk kembali sedar, lalu bertaubah dengan kesedaran bahawa hidup muslim dalah untuk akhirat. Hidup didunia terlalu singkat, disanalah hidup yang abadi. Amin

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.