Menurut DoJ, MO1 Bukan Najib, Tak Timbul Soal Saman

AGAKNYA, semua perasan tak yang Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) tidak pernah menamakan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai MO1, malah nama Najib pun tak pernah disentuh – dalam dokumen yang pertama 20 Julai tahun lalu takde, dalam dokumen kedua yang terbaru ini pulak, jangan kata nama Najib, perkataan MO1 itu pun tak dijumpai dimana-mana!!

Jadi dengan macam mana agaknya Najib  nak mengambil tindakan balas ke atas DoJ bila nama beliau langsung tidak disentuh dalam mana-mana dokumen tersebut?  Ini menjawab cubaan seorang wartawan Malaysiakini semalam yang cuba menanyakan soalan tersebut kepada beliau.

Benda macam inipun Mahathir dan kuncu-kuncunya bodoh sangat nak fikir?  Tak hairan, Anwar pun tak mengulas langsung tentang perkara ni sebaliknya bercakap tentang dia menarik diri dari menjadi calon Perdana Menteri Pakatan, pasal bodoh sangat perkaranya.

Tapi masih kita ingat banyak pihak secara terang menyebut nama Mahathir menyonglap harta negara ini beratus billion sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri – dalam negara dan luar negara, Barry Wein sebagai contoh, kenapa tak seorang pun yang dia saman?  

DoJ yang tak sentuh nama Najib pulak puak-puak ni suruh saman?  Nak saman atas asas apa?

Nak sebut ni, Najib bukan jenis takut saman, dah banyak kali beliau saman orang dengan kebanyakan kes sedang berjalan, ada yang dah selesai dengan permohonan maaf dan sebagainya.  Tapi nak saman pun kena ada asas jugaklah, contohnya kalau berani sebut tuduh beliau secara terang (bukan sipi-sipi), tunggu sajalah surat saman dari peguamnya.  Seingat penulis, belum ada yang terlepas dari disaman Najib melainkan Mahathir seorang.

Itu mungkin sebab Najib tahu buang masa, buang duit saman orang yang tidak berapa lama masanya lagi nak bernafas di dunia ni.  Tak pasal kang, beliau pulak dituduh tidak bertimbang rasa kerana menyaman warga tua yang dah terlalu ‘keemasan’ usianya sangat ni.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

4 thoughts on “Menurut DoJ, MO1 Bukan Najib, Tak Timbul Soal Saman

    • June 21, 2017 at 12:50 AM
      Permalink

      masalahnya bukan penulis yang bodoh tapi ‘zex’ yang baru je masuk myKMU buat komen sudah terserlah bodoh

      Reply
  • June 23, 2017 at 12:45 AM
    Permalink

    Yang jelas bodoh tahap gaban adalah orang yang kurang mahir menggunakan akal…tapi bercakap ikut emosi bukan fikiran rasional…………

    Orang lain nak bercakap diapun nak bercakap tapi ia bercakap merapu-rapu mengalahkan orang dah nyanyok…..!!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.