PM Ke7: Mahathir Pun Nak, Anwar Dah Jatuh Nombor Berapa?

SEBETULNYA, tidak ada orang yang waras akan memilih Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, termasuk penyokongnya sendiri – ini merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh penyokong partinya sendiri yang menyaksikan Muhyiddin di tangga pertama.  Mahathir hanya di tangga kedua.  Itu parti dia sendiri tu, pun jadi nombor dua jugak, apatah lagi yang lain-lain.

Relevan tak relevan kajian tu, ketepikanlah dulu.  Moralnya, untuk parti yang berasaskan ketaksuban melampau macam ini pun, nama Mahathir tetap jatuh nombor dua.

Mungkin apa yang disebutkan Mahathir semalam sekadar untuk menjadikan dirinya relevan sahaja.  Faham sajalah sejak beberapa hari kebelakangan ini, dalam banyak nama yang disebutkan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan, nama dia takda.  Ini akal orang tua umur 92 tahun yang kita cakapkan ni, anggap macam tonton Maharajalawak sudahlah.  Lagipun mana datang logiknya?  Sebelum dia letak jawatan pada usia 78 tahun pun, ramai kata dia terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri, apa lagi 92 tahun sekarang.

Apa pun, semua ini bukti masalah yang bakal berlaku kalau rakyat memilih Pakatan, macam bom jangkalah lebih kurang.  Dengan PKR dah bulat untuk memilih Anwar, PAN pulak nak Mat Sabu, Bersatu saja ada 3 calon sementara DAP mencari siapa di kalangan semua ini yang boleh dibonekakan seperti mana Nizar di Perak dulu dan di Selangor sekarang, apa yang rakyat boleh harap dari semua ini melainkan perebutan jawatan yang tak sudah-sudah.

Rakyat tak perlukan masalah macam ini sebab jelas ini semua perjuangan peribadi.  Waima kalau pun puak puak ini selesai memilih calon Perdana Menteri mereka, masalah tidak akan selesai juga.  Lihat apa yang berlaku kepada Khalid Ibrahim tahun 2014 dulu cukuplah sebagai pedoman.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “PM Ke7: Mahathir Pun Nak, Anwar Dah Jatuh Nombor Berapa?

  • June 2, 2017 at 6:32 PM
    Permalink

    mahathir tak setuju kalau anwar jadi PM tak mahu tolong syarikat kroni, anak & cucu mahathir untuk mendapat projek/kontrak kerajaan atau mungkin berdepan dengan masalah perlukan pertolongan bail-out berbilion ringgit lagi dari kerajaan sepertimana mahathir pernah lakukan semasa dia menjadi PM dahulu…inilah perkara yang perlu anwar beri persetujuan & jaminan kepada mahathir jika anwar mahu dirinya dinobat menjadi PM

    dalam masih kemaruk seorang penjenayah seksual bercita-cita2 mahu menjadi PM, anwar tak boleh fikir tentang nak tolong beri projek atau bail-out kroninya sahaja…duduklah berbincang lagi baik2, rakyat percaya satu formula win-win buat mahathir & anwar akan dapat dicapai…nanti kalau mahathir tiba2 kata setuju sampai sanggup angkat placard ‘anwar PM ke 7/8’, ianya bermakna formula win-win itu telah dapat dicapai…mahathir akan membuat u-turn lagi berkata hari itu dia kata tak dapat menolak jika diminta menjadi PM adalah satu kenyataan yang telah diputar-belit oleh media pro UMNO & BN

    *jawatan TPM diharap dapat kepada boboi kalau kit siang tiba2 padam buat masa terdekat yakni sebelum berlangsung PRU14, semoga ahli2 ppbm dapat meng’amin’kan

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.