Komen Zaid Mewakili DAP

AHLI DAP, Zaid Ibrahim dan kontroversi berkaitan agama, bukanlah perkara baru. Kalau ikut kajian penulis, dia melakukannya hampir di dalam setiap parti mana juga yang dia sertai (atau tubuhkan).

Jangan kata dalam DAP sekarang (kontroversi juruterbang meminta penumpang berdoa), ketika dalam UMNO pun, Zaid pernah “buat hal” juga.  Ia adalah Zaid satu-satunya manusia yang pernah menyaman PAS kerana mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu sekitar tahun-tahun awal abad ke 21 yang dulu.

Ketika dalam PKR atau lebih tepat semasa kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010, Mahathir pernah memberi bayangan Zaid ini membela kuda untuk berjudi – kontroversi agama jugaklah kiranya tu walaupun bukan Zaid yang mula.  Ironinya, ia adalah Zaid sekarang antara pertama yang mencadangkan Mahathir menjadi Perdana Menteri semula – cadangan yang diterima Mahathir dengan hati terbuka, tak sedar umur dah 92.

Lihatlah bagaimana politik boleh mengubah manusia.  Pendek kata, Zaid ni memang tak pernah sunyi dari kontroversi berkaitan agama.

Cakap pasal saman hudud tu, teruk juga UMNO menanggung beban yang dimulakan Zaid ketika itu. Tapi seperti mana resamnya politik di Malaysia ini, seburuk mana pun individu itu ketika dalam UMNO, pada saat dia menyokong pembangkang saja, maka dia adalah seperti bayi yang baru lahir ke dunia.

Begitupun yang penting sekarang, sementara komen Zaid berkaitan doa itu menjadi perdebatan awam, ia harus dilihat dalam konteks dia  bercakap tu sebagai ahli DAP – baru kena dengan situasi politik semasa.

Mengaitkan dia dengan fahaman liberal dan seperti itu (seperti banyak dilakukan sekarang), tidak membantu dari segi politik.  Apatah lagi perkataan liberal ni ramai orang pandai cakap saja, fahamnya belum tentu.

Dia dah masuk DAP sekarang, so tak salah pun kalau menganggap apa yang dia cakap tu sebagai mewakili DAP juga – kecuali kalau ada mana-mana pemimpin DAP berjawatan dalam parti itu yang nafikan.  Sehingga itu berlaku, selamat untuk anggap komen dia tu mewakili DAP juga.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Komen Zaid Mewakili DAP

  • June 28, 2017 at 12:35 AM
    Permalink

    komen si zaid terlebih kafir harbi dari dap yang tersedia kafir harbi

    Reply
  • June 28, 2017 at 6:19 PM
    Permalink

    Zaid kini pada negara tak ubah saperti pest atau makhlok perosak. Kita tak nampak apa menafaat segala amalan Zaid, percakapan Zaid, tulisan dan komen Zaid memberi sebarang menafaat pada sesiapa kecuali merosak

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.