Kempen #BebasAnwar hambar

Kempen #BebasAnwar yang diadakan di hadapan Mahkamah Tinggi di sini pagi ini gagal menarik kehadiran ribuan penyokong Ketua Umum PKR itu.

Sehingga pukul 12 tengah hari hanya kira-kira 50 penyokong menghadiri perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan selaras dengan peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, N.Surendran memfailkan permohonan untuk membebaskan Anwar hari ini atas alasan bekas Ketua Pembangkang itu tidak mendapat perbicaraan yang adil sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.